DUA kakitangan penyelenggaraan SMRT terbunuh dalam satu kemalangan di landasan kereta api berhampiran stesen MRT Pasir Ris pada pagi Selasa (22 Mac), dan perkhidmatan kereta api di Laluan Timur-Barat antara stesen Pasir Ris dan Tanah Merah digantung buat sementara waktu.
Mereka ialah Allahyarham Nasruddin Najumudeen, 26 tahun, dan Muhammad Asyraf Ahmad Buhari, 24 tahun.
Kededua warga Singapura itu sedang menjalani latihan sambil bekerja semasa kemalangan tersebut, kata Encik Patrick Nathan, naib presiden maklumat korporat dan komunikasi SMRT, dalam satu kenyataan.
Dua pekerja itu, yang menyertai SMRT Januari lalu, sebahagian daripada satu pasukan teknikal yang turun ke landasan untuk menyiasat bunyi penggera yang dilaporkan dari peranti pemantauan keadaan bagi memberi isyarat peralatan.
“Kebenaran mengakses landasan telah diberi,” tambah Encik Nathan.
“Penemuan awal menunjukkan sebelum kemalangan itu berlaku, pasukan tersebut bergerak dalam satu barisan pada laluan di sebelah landasan, dalam perjalanan ke lokasi peralatan isyarat.
“Kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka dan sedang berhubungan dengan mereka untuk memberi sokongan dan bantuan pada masa sangat sukar ini.
“Kami sedang bekerjasama dengan polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kemalangan ini.
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda

“SMRT sedang mengkaji semua prosedur keselamatan, khususnya yang melibatkan akses landasan.”
Kemalangan itu berlaku pada kira-kira 11.10 pagi. SMRT kali pertama mengirim tweet mengenai kejadian itu pada 11.20 pagi.
Ia berkata perkhidmatan dijangka pulih pada 12.15 tengah hari, tetapi kemudian menyemaknya semula kepada 12.30 tengah hari.
Seorang guru tuisyen, Cik Kay Tan, yang sedang melalui stesen Pasir Ris dalam perjalanan pulang, berkata beliau melihat hampir 20 pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis, serta kakitangan SMRT, berkumpul di atas landasan berhampiran sebuah kereta api yang berhenti di luar stesen.
Mereka kelihatan sedang cuba mengeluarkan sesuatu dari bawah gerabak kereta api, kata beliau, 25 tahun.
Dalam video yang disiarkan oleh pengguna Twitter, Jeremy Ho, pegawai SCDF dapat dilihat tiba di stesen Pasir Ris. Encik Ho berkata penumpang diminta meninggalkan stesen atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
SMRT berkata dalam satu tweet kemudian pada 11.30 pagi bahawa perkhidmatan bas biasa antara dua stesen itu disediakan secara percuma.
Perkhidmatan bas ulang-alik percuma juga disediakan bagi membawa penumpang terjejas.