SEKITAR 1,700 penumpang terjejas apabila perkhidmatan MRT Downtown Line (DTL) mengalami gangguan selama lebih setengah jam kerana gangguan bekalan elektrik semalam.
Pengendali kereta api SBS Transit berkata perkhidmatan kereta api terjejas di kedua-dua hala di semua enam stesen DTL dari Chinatown ke Bugis sejauh 4.3 kilometer.