Khidmat MRT Timur-Barat terkandas setelah 1 individu mati di landasan berhampiran Lavender, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Khidmat MRT Timur-Barat terkandas setelah 1 individu mati di landasan berhampiran Lavender

Feb 25, 2021 | 11:29 PM

KHIDMAT MRT laluan Timur-Barat tergendala pada petang Khamis (25 Februari) selepas seorang individu yang memasuki landasan berhampiran Stesen Lavender terbunuh.

Akhbar The Straits Times melaporkan SMRT mengirim pesanan Twitter bahawa khidmat di laluan tersebut tergendala kerana “kejadian kereta api”.

Pesanan itu dimuatnaikkan pada 9.48 malam.

The Straits Times difahamkan seseorang memasuki dalam landasan menghala ke timur menerusi kawasan gerbang di Lavender di mana landasan kereta api memasuki terowong bawah tanah.

Tidak dapat dipastikan bagaimana individu berkenaan memasuki kawasan landasan. Difahamkan pagar tinggi dipasang di situ bagi mengelakkan sesiapa yang tidak diberi keizinan memasuki ruang itu menerusi gerbang berkenaan.

Berita Popular

Dalam satu lampiran pos di Facebook selepas 11 malam, SMRT berkata, kejadian itu berlaku sekitar 9.30 malam antara stesen Lavender dengan Kallang dalam Laluan Timur-Barat menuju ke Pasir Ris.

SMRT menambah, seorang individu kemudian disahkan mati di landasan menghala ke timur berhampiran Stesen MRT Kallang.

Pengendali kereta api ini kemudian menghentikan khidmat MRT sepanjang empat stesen antara Bugis dengan Aljunied bagi kedua-dua haluan, menutup stesen Lavender dan Kallang serta menggerakkan khidmat bas percuma.

SMRT menambah ia sedang membantu polis dalam siasatan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan bantuan sekitar 9.35 malam. Seorang paramedik SCDF kemudian mengesahkan individu berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, pekerja bebas, Cik Bessie Tan, 59 tahun, berkata beliau berada dalam MRT dari kawasan bandar sekitar 9.30 malam apabila penumpang diminta turun di Bugis.

“Kereta api itu terbiar kosong. Kami menaiki kereta api selanjutnya yang menampung penumpang tetapi ia tidak meninggalkan Bugis. Kami diminta keluar lagi,” jelasnya.

Beliau mendengar pengumuman yang dibuat menyatakan ada insiden di Lavender.

Ini adalah kejadian maut pertama di landasan MRT sejak dua pelatih SMRT dilanggar kereta api pada Mac 2016.

Pada Mac 2017 pula, seorang penumpang mabuk memasuki landasan LRT Bukit Panjang berhampiran Stesen Fajar. Beliau dilanggar kereta api dan mati.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map