Khidmat MyInfo permudah isi borang pemerintah
Maklumat diri warga diisi secara automatik dalam urusan dengan agensi pemerintah
May 06, 2016 | 05:30 AM
SATU perkhidmatan baru e-warga yang bertujuan membuat pengisian borang pemerintah dalam talian lebih mudah dilancarkan semalam.
Perkhidmatan baru itu, MyInfo, membolehkan kekotak maklumat diisi secara automatik - seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat berdaftar, antara lain - yang diperoleh daripada pelbagai agensi pemerintah seperti Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan, Penguasa Hasil Mahsul Singapura dan lain-lain.