Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat pengantaraan bagi mempelai, penyedia khidmat kahwin dilanjut 30 Sep

Jul 30, 2021 | 05:30 AM



PASANGAN mempelai dan penyedia khidmat perkahwinan yang terjejas oleh sekatan terbaru Covid-19 akan dapat meraih manfaat daripada lanjutan dua bulan khidmat pengantaraan percuma yang ditawarkan Kementerian Undang-Undang (MinLaw).



Ini menyusuli kenaikan jangkitan koronavirus dalam masyarakat sepanjang beberapa minggu lalu.



Sebelum ini, khidmat pengantaraan percuma itu hanya boleh dimanfaatkan bagi perkahwinan yang dijadualkan berlangsung antara 8 Mei dengan akhir bulan ini, kata kenyataan MinLaw semalam.



Program itu kini dilanjutkan bagi pasangan yang merancang majlis dari 8 Mei hingga 30 September.



Pihak yang layak dan berminat boleh menyerahkan permintaan mereka dalam talian kepada MinLaw serta salinan kontrak mereka menjelang 31 Oktober.



MinLaw akan mengadakan khidmat pengantaraan dalam masa dua jam penyerahan permintaan.



Sesi itu akan dijalankan secara dalam talian dan mengambil masa sekitar dua jam.



"Kita mengiktiraf bahawa langkah Covid-19 mempunyai kesan yang ketara terhadap industri perkahwinan termasuk pasangan mempelai dan penyedia khidmat perkahwinan," kata pihak kementerian.



"MinLaw amat menggalakkan pihak yang berminat untuk menimbangkan pengantaraan, mengambil bahagian dalam program ini dengan minda yang terbuka serta terbuka dalam mencapai huraian yang dapat diterima bersama."



MinLaw mengumumkan program bagi membantu pertikaian perkahwinan pada 14 Julai lalu.



Majlis perkahwinan tidak dibenarkan dari 16 Mei hingga 11 Julai.



Meski majlis perkahwinan telah dibenarkan untuk disambung semula, langkah pengurusan selamat telah mengurangkan bilangan tetamu di setiap tempat.



Ini telah memaksa pasangan untuk mengubah pelan sehingga menyebabkan ada kes di mana pertikaian kontrak dengan vendor perkahwinan berlaku.



Di bawah program itu, jika kededua pihak bersetuju untuk melalui pengantaraan, seorang pegawai profesional terlatih yang dilantik oleh pihak kementerian akan membantu mencapai satu persetujuan secara percuma, mengelakkan keperluan untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah.



Satu contoh pertikaian ialah dimana pasangan mempelai dan penyedia khidmat perkahwinan tidak bersetuju untuk mengatur semula atau mengurangkan bilangan tetamu dalam kontrak, sama ada kontrak bertulis atau sebaliknya, untuk menawarkan barangan dan perkhidmatan.



Pemilik Puteri Weddings, Cik Aishah Jaafar, berkata dengan adanya khidmat pengantaraan, pertikaian akan dapat diselesaikan dalam suasana damai.



"Tanpa pengantaraan, sering kali ada banyak tuduh-menuduh antara satu sama lain dengan ada yang tular di alam siber. Sekurang-kurangnya dengan adanya orang ketiga yang berkecuali, ia diharap dapat menghuraikan pertikaian dengan cara terbaik dan dipersetujui kedua-dua pihak yang terlibat," katanya.




Laporan lanjut: Pengantaraan bantu hurai pertikaian majlis kahwin dengan damai, secara baik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >