Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat percuma hantar token TraceTogether ke rumah

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



MEREKA yang ingin mendapatkan token TraceTogether untuk kali pertama boleh menggunakan khidmat penghantaran ke rumah secara percuma, kata Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG), yang mengumumkan khidmat penghantaran baru itu semalam.



Selain itu, lebih banyak mesin layan diri ganti token TraceTogether akan diperkenal secara progresif di pusat beli-belah terpilih mulai semalam, dan di semua Pusat Masyarakat (CC) di seluruh Singapura mulai 30 Ogos.



Dengan wadah pengagihan baru itu, tempat mendapatkan dan menggantikan token itu di CC dan pusat beli-belah akan dikurangkan secara progresif, ujar SNDGG dalam satu kenyataan.



Sekarang, 17 tempat di pusat beli-belah akan berhenti beroperasi pada 31 Ogos setelah mereka diganti dengan mesin.



Pengagihan di CC pula akan dikurangkan pada satu waktu kemudian, kata SNDGG.



Pengguna kali pertama yang ingin mengunakan khidmat penghantaran token mereka dapat mengakses perkhidmatan ini melalui laman web TokenGoWhere di www.token.gowhere.gov.sg dan membuat permintaan dengan mendaftar masuk menggunakan akaun Singpass mereka.



Setelah permintaan itu berjaya diproses, token itu akan dihantar ke peti surat mereka.



Mereka yang tidak mempunyai akaun Singpass akan diarahkan mendaftar bagi akaun Singpass, atau mengambil token mereka di CC, kata SNDGG, sambil menambah bahawa perkhidmatan penghantaran tidak dapat digunakan bagi penggantian token.



SNDGG mengatakan pihaknya telah bekerjasama dengan Yayasan Temasek untuk memperbaiki mesin pengagihan pelitup bagi pengguna menggantikan token mereka.



Dua mesin layan diri seperti itu disediakan di pusat beli-belah Nex dan Sun Plaza pada 26 Julai dan maklum balas orang ramai positif, kata SNDGG.



Mesin layan diri akan dilancarkan di semua 108 CC serta lebih 40 pusat beli-belah sering dikunjungi orang ramai.



Ia dijangka selesai menjelang akhir Oktober.



Dengan mesin layan diri, orang ramai dapat mengganti token mereka bila-bila masa, termasuk di luar waktu operasi di beberapa CC dan pusat beli-belah.



Pusat beli-belah itu termasuk AMK Hub, Bugis Junction, Bedok Mall dan Causeway Point.



Senarai lengkap boleh didapati di laman web TokenGoWhere di www.token.gowhere.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >