Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat SIA ke destinasi Asia Tenggara guna T2 Changi mulai Okt

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



BAHAGIAN sayap selatan Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi akan dibuka semula pada 11 Oktober ini bagi operasi keberangkatan.



Penerbangan syarikat Singapore Airlines (SIA) ke Malaysia dan Thailand adalah khidmat penerbangan pertama dipindahkan dari Terminal 3 (T3) untuk menggunakan barisan daftar masuk baru terminal itu pada tarikh pembukaannya.



Penerbangan SIA ke destinasi Asia Tenggara lain dari T2 pula bermula pada 13 Oktober, kata Changi Airport Group dalam satu kenyataan semalam.



Penerbangan SIA yang mendarat di Changi akan terus dikendali di gerbang Terminal 1, 2 atau 3 dan penyambut penumpang dinasihatkan mendapatkan kepastian terminal pendaratan pesawat yang tepat.



Lagi dua syarikat penerbangan - Air India dan Air India Express - juga dipindahkan ke T2 dan akan bermula beroperasi pada 18 Oktober.



Senarai penuh syarikat penerbangan lain yang bakal beroperasi di situ akan diumumkan kelak, kata CAG.



Pembukaan semula T 2 menyusuli permulaan semula operasi ketibaan terminal itu Mei lalu adalah sebahagian usaha membolehkan Lapangan Terbang Changi menampung lebih ramai penumpang menjelang musim cuti hujung tahun.



Sejak April, Singapura telah melonggarkan sekatan sempadannya.



Kerja ubah elok T2 dimulakan pada 2020 untuk membolehkannya mengendalikan sehingga lagi lima juta penumpang setiap tahun.



Ia kemudian ditutup kerana bilangan penumpang menjunam semasa pandemik.



T2 dirancang dibuka semula secara beransur sejak dewan ketibaan sayap selatannya dibuka pada 29 Mei. Sayap utaranya dijangka siap pada 2024.



Untuk menyiapkan Singapura bagi menerima bilangan penumpang lebih tinggi pada masa mendatang, kedua-dua terminal - T2 dan T4 - dijangka dibuka semula bulan ini - membolehkan Lapangan Terbang Changi menampung 70 juta penumpang setiap tahun apabila ia siap sepenuhnya.



"Pelancaran operasi keberangkatan di T2 akan menambah kapasiti Changi dan membahagikan operasi mengendali penumpang secara lebih seimbang di semua terminal lapangan terbang ini sedang permintaan perjalanan (luar negara) kekal meningkat menjelang musim sibuk hujung tahun ini," kata CAG dalam kenyataannya semalam.



Naib Presiden Eksekutif CAG, Encik Tan Lye Teck, berkata pembukaan sebahagian T2 itu dibuat tepat pada masanya sebelum musim sibuk cuti hujung tahun ini apabila bilangan penerbangan di Changi dijangka mencecah 80 peratus paras prapandemik.



"Dengan reka bina yang diperbaharui, sistem dinaik taraf serta automasi taraf tinggi merangkumi seluruh perjalanan penumpang (dalam lapangan terbang), T2 akan membolehkan Changi menawarkan khidmat lebih baik kepada penumpang," kata Encik Tan.



T2 diubah elok untuk menambah baik proses daftar masuk penumpang serta cara mereka mencari laluan menuju ke pesawat.



Antara lain, terdapat kaunter daftar masuk automatik serta pintu pelepasan imigresen automatik.



Dalam beberapa minggu mendatang, sebuah percubaan akan dijalankan bersama syarikat penerbangan dan rakan kerjasama demi membolehkan mereka membuat penyesuaian proses itu di terminal tersebut.



Percubaan sama turut dijalankan sekarang di T4 - yang bakal dibuka pada 13 September ini.



Dengan separuh T2 serta T4 beroperasi, kapasiti Lapangan Terbang Changi bakal kembali ke paras prapandemik dengan berupaya mengendali hingga 70 juta penumpang setahun.



Aliran penumpang di lapangan terbang itu sekarang ialah purata 58 peratus paras 2019. Bilangan penerbangan pula lebih tinggi sedikit, iaitu 64 peratus.



CAG berkata T2 menawarkan ruang lebih luas dengan hiasan dalamannya berunsur ciri semula jadi seperti penggunaan bahan semula jadi untuk tembok dan jubin.



Hotel transit serta kawasan rehat bayar ikut guna turut dibuka kepada penumpang transit dan mereka yang akan berangkat.



Pelanggan SIA layak boleh menggunakan ruang rehat SilverKris Lounge.



Namun, menurut CAG, pilihan runcit dan makanan dan minuman di T2 agak terhad berbanding terminal lain, memandangkan kerja ubah elok masih berterusan. Pengendali kafe Starbucks dan khidmat penghantaran SingPost akan kembali ke lokasi kedai asal mereka sebelum T2 diubah elok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >