PENGGUNA khidmat telefon syarikat telekomunikasi StarHub mengalami gangguan perkhidmatan selama lebih sembilan jam semalam.
Khidmat telefon dan data StarHub hanya dipulihkan sekitar 7 malam, setelah para pengguna melaporkan khidmat telekomunikasi mereka terjejas sejak 9.30 pagi semalam.