Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat tren, bas dilanjut pada malam Raya Haji

Jul 05, 2022 | 05:30 AM



WAKTU perkhidmatan kereta api SMRT dan bas tertentu akan dilanjutkan pada Sabtu ini, iaitu malam Hari Raya Haji.



Di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat, kereta api terakhir menuju ke stesen Jurong East, Marina South Pier, Pasir Ris dan Tuas Link akan berlepas dari stesen MRT City Hall mulai 12.30 pagi, jelas satu kenyataan SBS Transit semalam.



Di laluan Circle pula, kereta api terakhir menuju ke Harbour Front akan berlepas dari stesen MRT Dhoby Ghaut pada 11.55 malam. Kereta api terakhir pada laluan arah bertentangan pula akan berlepas pada 11.30 malam.



Bagi penumpang yang menaiki kereta api laluan Thomson East Coast pula, kereta api terakhir yang berlepas dari stesen MRT Woodlands North ke stesen MRT Caldecott akan mula bergerak pada 11.57 malam.



Kereta api terakhir dari arah bertentangan pula akan berlepas pada 12.05 pagi sementara khidmat terakhir menuju ke stesen MRT Springleaf akan berlepas pada 12.13 pagi.



Sementara itu, bas terakhir bagi khidmat 920, 922 dan 973A akan berlepas dari pusat tukaran bas Bukit Panjang pada 1.20 pagi.



Bas terakhir bagi khidmat 300, 301, 302, 307 dan 983A akan bergerak dari pusat tukaran bas Choa Chu Kang pada 1.40 pagi.



Dari Woodlands, khidmat bas 901, 911, 912A, 912B dan 913 akan berlepas pada 1.25 pagi.



Penumpang boleh menghubungi talian hotline SMRT di 1800-336-8900 dari 7.30 pagi hingga 8 malam setiap hari atau kunjungi laman SMRT di https://www.smrt.com.sg/ bagi mendapatkan keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >