Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat vaksinasi Moderna tanpa tempahan janji temu buat individu 18 tahun ke atas

Aug 02, 2021 | 06:37 PM



SESIAPA yang berusia 18 tahun ke atas kini boleh mendapatkan suntikan vaksin Moderna tanpa membuat janji temu di pusat vaksinasi masyarakat, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (2 Ogos).



Ini bermakna vaksinasi tanpa pendaftaran awal kini diperluas buat semua warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang berusia 18 tahun ke atas, selain warga emas berusia 60 tahun ke atas yang ditawarkan kemudahan serupa sejak 1 Jun.



Vaksin Moderna adalah salah satu daripada dua vaksin di bawah program vaksinasi nasional. Satu lagi vaksin adalah Pfizer-BioNTech, satu-satunya yang diluluskan buat mereka yang berusia di bawah 18 tahun.



Pusat vaksinasi yang menawarkan vaksin Moderna terletak di Kelab Masyarakat Buona Vista, Hong Kah North, Kebun Baru, Kolam Ayer, Marsiling, Potong Pasir, Punggol 21, Radin Mas, Tampines East, Woodlands dan Yew Tee.



Sehingga 31 Julai, MOH berkata 61 peratus warga Singapura sudah menjalani vaksinasi penuh manakala 7.5 juta suntikan vaksin koronavirus telah ditadbir.



Sekitar 4.3 juta individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin, dengan 3.3 juta pula telah tamat menjalani proses vaksinasi berkenaan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >