PENGGUNA aplikasi WhatsApp tidak dapat menggunakannya seketika petang tadi akibat gangguan pada khidmat tersebut.
Sehingga 4.30 petang tadi, sekurang-kurangnya 750 pengguna melaporkan bahawa mereka mengalami gangguan menerusi laman web DownDetector.com, yang mengumpulkan maklumat daripada pengguna sama khidmat seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp beroperasi dengan lancar.
Menurut laman web itu, khidmat WhatsApp itu mula mengalami masalah pada 3.42 petang tadi.
Namun difahamkan, khidmat itu kembali pulih bagi pengguna di sini sejak sekitar 5 petang tadi.