Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khutbah Aidiladha: Perkukuh institusi agama, perbaiki masyarakat

Jul 21, 2021 | 05:30 AM



KETERBUKAAN untuk menerima nasihat dan menyedari kekurangan hanya akan mengukuhkan lagi institusi keagamaan dan memperbaiki masyarakat.



Namun nasihat dan teguran mempunyai caranya, kata Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dalam khutbah Aidiladha yang disampaikan semalam.



Nasihat yang jujur, menurutnya, bertujuan memperbaiki kekurangan, membina wawasan, menghargai kepelbagaian dan mengukuhkan kesatuan.



Ia bukan untuk memalukan ataupun melemahkan orang, kata Dr Nazirudin.



Menyampaikan khutbahnya di Masjid Ar-Raudhah yang turut disiarkan dalam talian, Dr Nazirudin berkata:



"Sayang sekali, mudah sangat hari ini untuk sesiapa sahaja melontarkan kata-kata yang mencela, menghina, menuduh dan sebagainya. Ini kemudiannya ditularkan sehingga timbul kebingungan dan kekacauan. Lihat sahaja bagaimana ramai orang yang telah menjadi mangsa sehingga musnah kehidupan mereka. Nasihat yang jujur lagi insaf tidak begini rupanya dan bukan begini caranya."



Beliau akur tentang kebimbangan dan ketakutan yang timbul dalam kalangan masyarakat tentang perubahan dan norma baru di tengah-tengah pandemik ini.



Namun, dengan keterbatasan yang ada, institusi agama masih rancak dimakmurkan dengan selamat, dakwah masih berterusan dan nyawa dipelihara tanpa merosakkan sendi-sendi tiang agama, kata beliau.



Dr Nazirudin mengingatkan orang ramai bahawa agama memerlukan ilmu yang turut memerlukan usaha, masa, guru dan titik peluh.



Hanya membaca sebaris di sana dan seperenggan di sini, atau menonton klip YouTube, Facebook dan TikTok, tidak mencukupi, tambahnya.



"Keadaan kita hari ini sepatutnya menimbulkan keinsafan dan kesyukuran. Institusi agama kita masih dapat berfungsi dengan baik, walaupun ada kekurangannya. Dan kekurangan bukan kelemahan yang disengajakan. Ilmu yang betul juga akan menangkis andaian dan konspirasi yang tidak berasas," katanya.



Mengajak masyarakat untuk menanam wawasan positif lagi membina dalam waktu pandemik yang mencabar ini, Dr Nazirudin turut mengingatkan orang ramai agar mengambil suntikan vaksin sambil menyifatkannya sebagai antara ikhtiar masyarakat untuk mengatasi penularan wabak.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >