Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khutbah galak masyarakat Islam untuk pererat hubungan dengan keluarga, manfaat masa dengan perkara berfaedah

Apr 03, 2020 | 02:25 PM



MASYARAKAT Muslim dinasihatkan untuk mengambil peluang dan kesempatan duduk di rumah sekarang dengan mengeratkan ikatan kekeluargaan, dan memanfaatkan masa dengan perkara-perkara berfaedah.



Hal ini disampaikan menerusi perutusan khutbah Jumaat hari ini yang disiapkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



"Kita semua mengetahui dan akur akan kesukaran keadaan yang kita lalui. Masa-masa ini adalah masa yang terbaik untuk kita luangkan di rumah. Ambillah peluang dan kesempatan ini untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Kadangkala kesibukan sehariannya, menjadi batu penghalang dari kita meluangkan masa dengan keluarga.



Mungkin ada di antara kita yang ingin menyelesaikan sesuatu tugasan, menguasai sesuatu ilmu, ataupun mengkhatamkan al-Quran serta menghayati isikandungnya. Mungkin ini hikmahnya kita melalui saat-saat sukar ini."



Muis menerusi teks khutbah itu juga menggalak masyarakat Islam untuk "menyokong antara satu dengan yang lain dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dengan pekerjaan mereka, atau membantu 5 mereka yang terjejas dengan notis Jangan Keluar Rumah (SHN)".



Khutbah yang bertemakan "Sifat Mahmudah: Bersyukur" itu juga mengajak masyarakat Muslim di sini untuk kembali mencermin diri, dan membuat pertimbangan semula keutamaan dalam kehidupan mereka.



"Lakukanlah apa sahaja kebaikan untuk keluarga kita dan orang-orang disekeliling kita, mudah-mudahan ia membahagiakan kita dan sekaligus mencetuskan rasa syukur kita kepada Allah swt. Semoga kita dikurniakan sifat syukur di atas nikmat kekeluargaan ini dan bersabar dengan ujian ini bersama keluarga kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >