Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

BERITA

Khutbah gesa singkir budaya anggap wanita sebagai objek penuhi keinginan

Jun 05, 2021 | 05:30 AM



WANITA harus dilayan sebagai manusia bermartabat dan dengan penuh rasa hormat, tekan khutbah yang disampaikan pada solat Jumaat di masjid di sini semalam.



Tiada perbezaan jantina dalam Islam, dan kaum wanita secara rohani tidak lebih rendah daripada kaum lelaki, kata khutbah yang disediakan oleh Pejabat Mufti - pihak berkuasa Islam tertinggi di Singapura.



Khutbah itu disampaikan di semua masjid serata negara, dan juga dimuat naik dalam talian.



Merujuk kepada tinjauan lucah dalam talian yang memperaga beberapa ustazah sebagai objek seksual, khutbah itu menggesa umat Islam menyingkirkan budaya melihat wanita sebagai objek bagi memenuhi keinginan seseorang.



Ia menekan bahawa budaya itu harus dihalang daripada menjejas lebih ramai mangsa.



Meskipun tinjauan lucah itu, yang didedahkan oleh media minggu lalum, mengejutkan masyarakat, khutbah mengatakan ia bukan satu-satunya kes sedemikian.



Ia juga mengkritik mereka yang mengambil bahagian dalam kegiatan seperti itu.



Mereka yang melakukan perkara tersebut telah gagal melihat aspek kemanusiaan pada wanita, dan sebaliknya melihat mereka hanya sebagai objek yang membantu memenuhi keingingan mereka, tegas khutbah itu.



"Kebiasaan ini mestilah dibuang sebelum ia makin berleluasa sehingga lebih ramai lagi menjadi mangsa.



"Kita perlu renungkan secara serius apakah faktor yang mengakibatkan sesuatu kebiasaan merebak sehingga membawa kepada beberapa perbuatan yang tidak senonoh, sama ada bagi kes ini mahupun yang serupa dengannya," ujar khutbah.



Ia turut mengetengahkan salah satu punca asas masalah tersebut, iaitu apabila terdapat kurang kesedaran pada diri seseorang individu, akan ada kesan buruk pada sebahagian perbuatan atau kata-katanya.



Khutbah itu mengatakan masyarakat tidak boleh mengambil ringan segala kenyataan dan jenaka yang merendahkan kaum wanita, atau menganggap kecil sesuatu perbuatan itu dengan bertanggapan bahawa ia satu perkara biasa yang dilakukan anak-anak lelaki.



Tingkah laku seperti itu tidak dapat diterima, dan orang ramai harus sedar akan ungkapan dan perbuatan mereka kerana ia memainkan peranan dalam menyumbang kepada budaya positif bagi anak-anak.



Tinjauan lucah di platform media sosial MeWe itu telah dipadamkan dan polis sedang menyiasat kes tersebut.



Gambar tangkap layar tinjauan itu menunjukkan sekurang-kurangnya 12 ustazah yang disenaraikan bak dalam rangking. Seramai 1,005 orang menyertai tinjauan itu.



Kumpulan masyarakat, ahli politik dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengecam tinjauan itu sebagai menyakiti hati wanita, dan menekankan bahawa rasa hormat dan keselamatan bagi wanita mesti dijadikan satu kebiasaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >