Khutbah Muis: Sikap cinta kedamaian mampu tewaskan kebencian, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Khutbah Muis: Sikap cinta kedamaian mampu tewaskan kebencian

Mar 22, 2019 | 03:01 PM

TRAGEDI tembakan di Christchurch menunjukkan bagaimana fitrah manusia yang mencintai kedamaian serta keamanan mempunyai potensi dan kekuatan luar biasa yang mampu menewaskan kebencian dan perpecahan, dan memadamkan api dendam dan marah.

Begitu juga hati yang dididik oleh Al-Quran yang hanya mengenali kebaikan, tidak kenal erti kebencian kepada umat manusia, meskipun besar kesalahan mereka terhadap kita.

Itulah antara inti khutbah yang disampaikan para khatib di kesemua masjid sempena solat Jumaat tadi.

Dalam khutbah berjudul Menyampaikan Nikmat Keamanan itu, para khatib menyampaikan bahawa meskipun kehidupan manusia kini bertambah canggih dengan teknologi dan kelengkapan baru selain lebih terdidik, namun belum tentu mereka dapat menghargai nikmat keamanan dengan sebenarnya.
 

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map