Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kian ramai asatizah buru kelayakan lebih tinggi

Muis: 16 asatizah selesai pengajian possiswazah dari 2017 hingga 2019
Nov 23, 2020 | 05:30 AM



SEMAKIN ramai asatizah di Singapura meraih kelayakan lebih tinggi, dengan bilangan asatizah yang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana atau Doktor Falsafah (PhD) mantap setiap tahun.



Dari 2017 hingga 2019, seramai 16 asatizah telah selesai pengajian possiswazah mereka, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebagai menjawab pertanyaan Berita Harian.



Jumlah penerima biasiswa possiswazah yang ditawarkan Muis dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) juga stabil setiap tahun.



Skim Biasiswa Possiswazah (PGS) Muis diperkenalkan sejak 2005 untuk membangunkan pakar dalam bidang pengajian yang penting bagi pembangunan masyarakat Islam Singapura.



Muis berkata secara umumnya terdapat satu hingga lima asatizah yang memohon Biasiswa Possiswazah Muis setiap tahun dari 2011 hingga 2017.



Skim PGS itu sedang disemak sejak 2018, kata Muis.



Sehingga kini, terdapat sejumlah 12 penerima biasiswa PGS Muis, enam daripadanya merupakan asatizah.



Di samping itu, terdapat sejumlah 25 penerima geran kewangan PGS, yang nilai anugerahnya lebih rendah daripada biasiswa.



Skim tersebut juga dibuka kepada golongan bukan asatizah.



Pergas pula memerhatikan bilangan permohonan bagi Biasiswa Possiswazahnya mantap sepanjang tahun-tahun lalu.



"Bilangan pemohon yang diluluskan bagaimanapun telah meningkat kerana Pergas menerima lebih ramai calon yang berpotensi dan kami juga telah meningkatkan peruntukan kami untuk biasiswa itu," kata Pergas.



Dari 2015 hingga 2020, Pergas telah menganugerahkan 31 biasiswa possiswazah.



Dalam tempoh itu, badan tersebut telah menerima tujuh hingga 13 permohonan bagi biasiswa itu setiap tahun.



Biasiswa itu dibuka kepada sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang agama, tetapi pemohon rata-ratanya dalam kalangan asatizah.



Antara asatizah yang meraih manfaat daripada biasiswa possiswazah Muis dan Pergas ialah Ketua Darul Quran Singapura, Ustaz Dr Mohamed Qusairy Thaha, yang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.



Mengenai bagaimana ijazah tersebut dapat membantu beliau memainkan peranan lebih baik sebagai seorang ustaz, Ustaz Qusairy yang juga merupakan anggota Lembaga Pengiktirafan Asatizah berkata beliau berharap dapat menawarkan khidmat pengalaman dan kepakaran kepada institusi tempatan yang lain.



"Sebagai contoh, saya mahu membantu mereka menilai semula polisi, kurikulum dan sistem pengajaran yang sedia ada," ujarnya.



Seorang lagi yang meraih manfaat daripada Biasiswa Possiswazah Muis yang diterimanya pada 2018, ialah Ustaz Muhammad Norfarihin Norazman.



Mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Jordan itu pula berharap agar dapat menjadi penyumbang dalam sudut kajian penggubalan fatwa di sini.



"Semakin hari isu-isu agama dan kehidupan semakin rumit dan kompleks... semoga dengan perjalanan pengajian dan pengalaman saya dalam bidang ini, saya berharap agar saya dapat menjadi antara penyumbang kecil dalam kalangan penyumbang sedia ada yang hebat dan mapan dalam sudut kajian penggubalan fatwa.



"Saya berharap juga agar saya dapat menjadi antara barisan asatizah Singapura yang dapat memekarkan medan dakwah Singapura dan keharmonian antara kaum," kata beliau.




Ustaz Qusairy raih gelaran doktor falsafah



Ustaz Norfarihin jalani latihan di Jabatan Fatwa Jordan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >