Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kian ramai jadi relawan Fitrah bantu pesalah, keluarga mereka

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



SEJAK dilancarkan pada 2019, Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga - dikenali sebagai Fitrah - telah merekrut dan melatih lebih 330 relawan untuk menjadi pendamping bagi bekas banduan.



Fitrah, yang dikendali Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), antara lain membekalkan mereka dengan kemahiran luas, daripada kaunseling asas bagi membantu banduan, bekas pesalah dan keluarga mereka kepada menjadi pendamping lebih berkesan, memberi penjagaan kepada diri sendiri dan pemulihan.



Latihan itu dijalankan bersama Pekhidmatan Penjara Singapura (SPS).



Fitrah bertujuan membantu keluarga bekas pesalah dan mereka yang sedang menjalani hukuman penjara, dengan relawannya antara lain melakukan lawatan ke rumah, mengenal pasti keperluan keluarga tersebut dan menyalurkan bantuan kepada mereka daripada agensi sosial relevan jika perlu.



Secara keseluruhan, 650 individu dan keluarga telah mendapat manfaat daripada khidmat yang disediakan pusat itu.



Perkembangan ini antara tanda baik bahawa semakin ramai anggota masyarakat Melayu/Islam rela tampil membantu bekas banduan dan keluarga mereka.



Dalam memberi perkembangan terkini perkara itu bulan lalu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata bagi setiap sembilan banduan, terdapat sekurang-kurangnya seorang relawan Melayu/Islam yang membantu mereka.



Ini berbanding nisbah seorang relawan bagi lebih 100 banduan sekitar 10 tahun lalu.



Usaha lain, seperti kempen Dadah Itu Haram (DIH) juga menerima semakin ramai relawan yang membantu dalam usaha mencegah dadah oleh badan-badan Melayu-Islam itu.



SPS memberitahu Berita Harian terdapat lebih 450 relawan Melayu/Islam daripada pelbagai rakan kongsi masyarakat yang membantu banduan dalam perjalanan mereka ke arah pemulihan.



Cik Ernie Indrawati Ramlan, seorang relawan Fitrah yang ditemui baru-baru ini, berkata usaha masyarakat Melayu/Islam membantu bekas pesalah adalah penting.



Baginya, bantuan seperti pekerjaan dan sosial memang sudah tersedia dan yang lebih penting ialah sokongan daripada masyarakat, termasuk sokongan sosial dan emosi serta kesediaan menerima mereka.



"Saham kita adalah kebaikan yang mereka lakukan. Ia sebagai amal jariah (kita juga)," katanya.



Mengulas tentang bilangan relawan yang semakin ramai sejak Fitrah dilancarkan, Timbalan Pengarah Fitrah, Encik Mohamed Farik Omar, berkata ia satu isyarat kepada bekas pesalah dan pesalah yang hampir selesai menjalani hukuman penjara serta keluarga mereka bahawa bantuan akan disediakan kepada mereka dan mereka tidak perlu khuatir untuk tampil meminta bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >