Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kian ramai karyawan sedia berkhidmat di peringkat negara

Jun 30, 2019 | 05:30 AM



CALON Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk mewakili masyarakat Melayu/Islam di pilihan raya umum (GE) akan datang bakal dipilih dalam kalangan warga yang giat berkhidmat kepada masyarakat.



Ini termasuk sekitar 400 relawan yang kini menyumbang kepada projek M Kuasa Tiga (M3) kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Encik Masagos, yang juga naib pengerusi jawatankuasa eksekutif pusat PAP - badan membuat keputusan tertinggi dalam parti pemerintah - berkata beliau juga berbesar hati kerana ramai yang tampil menawarkan diri untuk memimpin dan berkhidmat kepada negara.



"Pada zaman saya, mungkin kerana keperibadian kita sebagai orang Asia, kita tidak mahu menonjolkan diri sebagai pemimpin... ada yang diajak beberapa kali tetapi tetap menolak, kerana kita tahu tanggungjawab itu besar.



"Tapi (kini) saya lihat masyarakat kita... ramai yang ke hadapan, untuk berkata 'lihat saya, saya mahu diwawancara untuk memberikan pendapat saya dan saya mahu bersama memimpin Singapura bagi masa hadapan," kata Encik Masagos.



Tambah beliau, ini adalah satu perubahan yang baik dan berbeza daripada keadaan 50 tahun lalu apabila ada orang yang tampil dan menawarkan dirinya sebagai pemimpin disisihkan masyarakat.



"Sekarang apabila kami cari, kami tanya siapa yang ingin menjadi pemimpin... kami boleh uji, kami boleh cuba mereka dan sebagainya.



"Alhamdulillah, ramai yang tampil ke hadapan, termasuk mereka yang 400 itu, sukarelawan yang ke hadapan kerana mahu membuat perubahan yang besar bagi masyarakat, bersama kami,'' ujar Encik Masagos.



"Dan mereka tahu, walau mereka akhirnya tidak dipilih menjadi anggota parlimen bersama PAP, mereka telah memberitahu saya, bahawa mereka tampilkan diri bukan hanya kerana hendak menjadi AP, malah mereka berbuat demikain untuk menyumbang kepada masyarakat. Saya sangat teruja dengan sikap mereka itu," kata Encik Masagos.



Dalam ucapannya di Perjumpaan Hari Raya Menteri baru-baru ini, Encik Masagos berkongsi bahawa sekitar 400 relawan - dari kalangan karyawan dan asatizah - telah tampil untuk menyumbang kepada projek M3.



Menjawab soalan Berita Harian (BH) dalam wawancara baru-baru ini, Encik Masagos berkata jumlah relawan itu lebih tinggi daripada yang diperlukan pada masa ini, tetapi besar kemungkinan tidak mencukupi apabila M3 melaksanakan lebih banyak projek dan di lebih banyak kawasan di masa hadapan.



Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat berkata usaha memilih calon PAP bagi GE selanjutnya kian rancak, dalam wawancara pertama sebagai DPM.



Encik Heng, yang juga penolong setiausaha agung pertama PAP, dijangka menggantikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong selepas GE selanjutnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >