Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kian ramai lepaskan rindu bercuti di luar negara

Nov 11, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS pasaran pelancongan terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19, sektor ini dilihat semakin rancak dengan masyarakat setempat sibuk melancong ke luar negara.



Dua keluarga yang diinterviu Berita Harian (BH) telah membelanjakan sekitar $70,000 untuk melancong ke Eropah, Australia, Korea Selatan dan menunaikan umrah.



Antara keluarga yang telah bercuti tahun ini adalah keluarga Encik Mohamad Aizat Taha, 31 tahun, dan isterinya, Cik Paige See, bersama dua anak perempuan mereka ke Korea dan Australia pada Mei dan Oktober lalu.



Setiap kali bercuti beliau akan menghabiskan masa sehingga 10 hari dan lebih suka merancang sendiri (DIY) perjalanan.



Encik Aizat mengetepikan perbelanjaan sehingga $12,0000 bagi percutiannya dan ini termasuk kos penerbangan, makanan dan tempat tinggal.



Malah Encik Aizat, seorang pengurus besar dalam bidang logistik, sudah pun membuat perancangan untuk ke New Zealand pada Februari nanti dan ke Jepun pada hujung tahun depan.



Bagi ejen hartanah, Cik Siti Suriani Haron, 39 tahun, pula, waktu cuti sekolah adalah masa yang terbaik untuk menjelajah dunia.



Ibu kepada enam anak berusia antara lima dengan 17 tahun ini telah pun ke Switzerland pada Disember tahun lalu dan menghabiskan masa selama hampir tiga minggu di sana.



Bulan depan, mereka sekeluarga akan ke Korea pula.



Sebelum ke Korea, Cik Suriani dan suaminya, Encik Khairil Khirudin, akan mengerjakan umrah terlebih dahulu dan mengambil masa selama dua minggu di sana, dan menelan belanja sehingga $15,000.



Perbelanjaan Cik Siti Suriani ke Switzerland tahun lalu telah menelan kos sehingga $30,000, dan untuk pelancongan ke Korea nanti, beliau menganggarkan $20,000 akan dibelanjakan.



Apa pula persiapan syarikat dan agensi pelancongan setempat untuk memenuhi permintaan pelanggan ini?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >