Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kian ramai murid di luar negara duduki PSLE versi antarabangsa

Mar 07, 2016 | 11:19 AM



PEPERIKSAAN Tamat Sekolah Rendah (PSLE) semakin popular di Asia, selepas versi antarabangsa peperiksaan nasional Singapura itu diperkenal kira-kira 10 tahun lalu.

Versi antarabangsa itu, yang dikenali sebagai iPSLE, direka bagi murid sekolah di luar negara yang menggunakan kurikulum sekolah rendah Singapura.

Sejak ia diperkenal, semakin banyak pusat ujian di seluruh Asia dilantik untuk menjalankan iPSLE, bagi semakin ramai murid di rantau ini.

Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (Seab), yang memperkenal iPSLE pada 2005, berkata peperiksaan itu membolehkan sekolah menandaaraskan prestasi murid mereka pada taraf akademik Singapura.

"Keputusan iPSLE akan memberi petunjuk sebaik mana sekolah itu telah melaksana kurikulum Singapura," katanya.

Pada 2005, terdapat sebuah pusat di Jakarta yang dilantik bagi murid menduduki iPSLE pada akhira sekolah rendah mereka.

Sekarang, ia ditawarkan di 18 pusat sedemikian di tujuh negara, termasuk China, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Vietnam.

Ini membolehkan lebih ramai murid - sekitar 1,400 - menduduki iPSLE pada tahun kebelakangan, berbanding hanya 22 pada 2005, menurut SEAB.

Lembaga itu memberitahu akhbar The Straits Times bahawa iPSLE "berdasarkan kurikulum yang sama seperti PSLE dan ditambat pada taraf yang setara".

Calon biasanya mengambil tiga mata pelajaran - Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Mata pelajaran lain, seperti Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil, juga ditawarkan. Murid boleh mengambil sehingga empat mata pelajaran.

Tidak seperti murid di sini, yang mengambil peperiksaan nasional itu pada September dan Oktober, iPSLE dijalankan dalam tempoh Julai-Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >