Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kian ramai pekerja asing terlibat dalam rokok elak cukai

Jan 12, 2017 | 12:20 PM



SEMAKIN ramai pekerja asing terlibat dalam kegiatan rokok elak cukai untuk mendapatkan wang tambahan, kata Kastam Singapura dalam satu kenyataan media pada Khamis (12 Jan).



Sembilan ditangkap dalam tempoh enam bulan pertama 2016, dan lagi 12 diberkas sepanjang separuh kedua tahun lalu.



Mereka biasanya mengeluarkan iklan untuk melakukan sesuatu kerja pada masa lapang di platform media sosial seperti Shi Cheng BBS dan WeChat, dan kemudian diupah sindiket rokok haram untuk menghantar rokok itu.



Ada daripada mereka menggunakan kenderaan majikan untuk melakukannya.



Dalam satu kes, seorang lelaki warga China berusia 36 tahun ditangkap pada 9 Dis selepas menghantar konsainan rokok elak cukai yang disembunyikan dalam sebuah kaki paparan di sebuah bangunan syarikat di Tuas. Dia diupah oleh seorang yang tidak diketahui selepas mengeluarkan ikan mencari kerja di platform media sosial QQ.



Duti berjumlah kira-kira $186,940 dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar $18,820 dielak bagi 2,409 karton rokok yang dirampas itu. Siasatan sedang dijalankan.



Dalam satu lagi kes, dua lelaki warga China dihukum oleh Mahkamah Negara pada 14 November. Chen Jie, 35 tahun, dihukum penjara empat bulan dan denda $1,250, manakala Zheng Chao Lin, 23 tahun, dipenjara empat bulan dan didenda $1,000.



Chen diupah Zheng untuk membuat penghantaran dalam masa lapangnya, dan menggunakan van majikannya. Kenderaan itu disita.



Lebih 1,873 karton rokok dirampas, beberapa daripadanya dijumpai disorot dalam alas permainan. Duti dan GST yang dielak masing-massing berjumlah kira-kira $145,380 dan $14,630.



Pada 3 Nov, seorang lelaki warga China berusia 28 tahun ditangkap dengan 799 karton rokok elak cukai tersembunyi dalam konsainan peranti pemateri. Duti dan GST yang dielak berjumlah kira-kira $62,000 dan $6,240.



Dia ditawarkan kerja itu selepas mengeluarkan iklan di Shi Cheng BBS. Siasatan sedang dijalankan.



"Pekerja asing yang mencari wang tambahan melalui kegiatan haram harus sedar akan akibatnya," kata Penolong Ketua Pengarah (Risikan dan Siasatan) Kastam Singapura, Encik Yeo Sew Meng.



"Jika mereka ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan haram itu, mereka akan didakwa dan pas kerja mereka akan dibatalkan, dan mereka akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman.



"Kami menggesa majikan yang membenarkan pekerja mereka memandu kenderaan syarikat di luar waktu kerja supaya memantau penggunaan kenderaan oleh pekerja mereka," tambah Encik Yeo.



"Ini akan membantu mengelakkan kenderaan syarikat disalah guna untuk kegiatan haram, dan mengelakkan sembarang kesulitan dan kerugian kewangan kepada pemilik kenderaan."



Di bawah Akta Kastam dan Akta GST, membeli, menjual, mengangkut, menghantar, menyimpan, menjaga, memiliki atau berurusan dengan barang elak cukai adalah kesalahan serius yang akan ditangani dengan berat.



Pesalah boleh dikenakan denda hingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielak, dan hukuman penjara hingga enam tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >