Kian ramai pekerja mahu tingkat kemahiran
Institut daya kerja lihat kenaikan 36 peratus dalam jumlah pekerja yang ikuti kursusnya
Jul 03, 2015 | 05:30 AM
JUMLAH pekerja yang meningkatkan kemahiran mereka di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) bertambah tahun lalu, meningkat 36 peratus kepada lebih 51,800 orang daripada 2013.
Lebih 1,100 orang yang mencari pekerjaan pula ditempatkan di bawah satu program e2i yang membolehkan syarikat menyediakan pekerja latihan kemahiran tersusun selepas mereka diambil bekerja.