Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KidSTART tingkat usaha bantu kanak-kanak dapat 'permulaan baik'

Lebih ramai relawan diperlukan untuk dekati kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah, usaha termasuk ringankan beban keluarga
Apr 01, 2023 | 05:30 AM



LEBIH ramai sukarelawan diperlukan untuk menyertai KidSTART, sebuah pertubuhan tidak mengambil untung yang bertujuan membantu kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dari usia bayi hingga enam tahun supaya mendapatkan permulaan yang baik dalam kehidupan.



Demikian dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif KidSTART Singapore Ltd, Cik Rahayu Buang, kepada Berita Harian.



Menurutnya, tahun-tahun awal bagi si kecil adalah penting dalam melakar masa hadapan mereka.



Dengan penglibatan sukarelawan dalam usaha-usaha KidSTART bagi mendekati kanak-kanak dari keluarga berpendapat rendah, ia dapat memudahkan keluarga itu untuk tumpu pada pembangunan kanak-kanak mereka.



Cik Rahayu berkata: "Seperti ibu bapa lain, keluarga-keluarga KidSTART juga inginkan yang terbaik bagi anak-anak mereka.



"Namun, mereka barangkali berhadapan dengan kekangan sumber atau tidak pasti apa untuk dilakukan kerana kurangnya ilmu pengetahuan."



Seruan beliau adalah sejajar dengan tema Masyarakat Penyumbang, Perkukuh Negara yang disebut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa perbahasan Belanjawan kementeriannya di Parlimen baru-baru ini.



Encik Masagos berkata keluarga merupakan teras kompak sosial di Singapura dan ia "menyediakan wadah untuk membangunkan rasa tanggungjawab bersama atas dasar keikhlasan".



"Sifat tanggungjawab bersama inilah yang mendorong kita untuk menjadi rakyat yang menyumbang kepada masyarakat dan negara," ujar beliau.



Lantaran itu, Cik Rahayu menyeru agar lebih ramai sukarelawan Melayu/ Islam tampil dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak keluarga menyertai program KidSTART, mengagihkan barangan keperluan dan sumber pembelajaran, serta memberi sokongan tambahan pada keluarga sedemikian bila-bila ia diperlukan.



"Perjalanan bersama keluarga-keluarga KidSTART akan menjadi bermakna dan memuaskan untuk sukarelawan kerana mereka tahu mereka telah memainkan peranan dalam merapatkan jurang perkembangan kanak-kanak," tambah beliau.



Dalam pada itu, MSF turut mengumumkan semasa perbahasan Belanjawan bahawa program KIDSTART akan ditingkatkan ke seluruh negara menjelang 2026, dan keutamaan pendaftaran akan diberikan kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah di prasekolah pengendali utama.



Laporan lanjut: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >