Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KidSTART tunggak penting permulaan baik buat anak

Jun 02, 2018 | 05:30 AM



TAWA riang bersama kanak-kanak kedengaran apabila Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mengunjungi kumpulan KidSTART di Telok Blangah baru-baru ini.



Kumpulan KidSTART adalah sesi mingguan yang diadakan di pelbagai lokasi masyarakat, di mana ia mempermudah cara mengongsi strategi dalam mendekati dan mengeratkan hubungan dengan anak-anak bersama ibu bapa serta menyokong mereka dalam perjalanan keibubapaan.



Menulis di Facebook semalam, Dr Faishal berkata beliau terdorong mendengar maklum balas positif daripada keluarga yang menyertai kumpulan itu dan rakan masyarakat.



Salah seorang ibu yang beliau temui ialah Cik Halija Ting, yang mengongsi bagaimana program itu telah membantu beliau memahami kepentingan bahasa dan pembacaan bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun.



"Kosa kata anak perempuannya telah bertambah baik dan beliau kini dapat bertutur dengan lebih yakin! Ibu bapa juga menikmati masa bersama anak-anak mereka dan dapat berkawan dengan keluarga lain.



"Saya berharap KidSTART akan memberi manfaat kepada lebih banyak keluarga, dan menjadi tunggak penting dalam usaha menyediakan setiap anak dengan permulaan yang baik, tidak kira keadaan keluarga mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >