Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kilang kereta pertama dalam 40 tahun bakal dibina di Jurong

Pusat Inovasi Hyundai Motor Group dijangka siap pada 2022, boleh hasil 30,000 kereta elektrik pada 2025
Oct 13, 2020 | 01:43 PM



 



SEBUAH kilang kenderaan elektrik, kilang penghasilan kereta pertama di Singapura dalam empat dekad, akan dibina di Jurong, sebahagian usaha Singapura memperluas ekonomi dalam sektor kenderaan elektrik.



Apabila siap pada 2022, Pusat Inovasi Hyundai Motor Group - yang merangkumi kilang itu - dijangka menghasilkan sehingga 30,000 kenderaan setahun pada 2025.



Ia adalah pusat sedemikian yang pertama di dunia. 



Seluas 28,000 meter persegi, pusat inovasi itu akan dibina Daerah Inovasi Jurong dengan pelaburan hampir $400 juta, 



Dalam ucapannya di upacara pecah tanah di Dewan JTC pada Selasa (13 Oktober)  Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata perkembangan ini akan membuka peluang pertumbuhan baru bagi ekonomi dan mencipta kerja menarik bagi warga Singapura, seperti jurutera Internet of Things (IoT) bagi industri, saintis data dan jurustrategi rantai bekalan digital.



“Kerja-kerja ini tidak wujud beberapa tahun lalu, tetapi ia kini adalah antara yang paling canggih dan memerlukan kemahiran baru,” ujar Encik Lee.



“Warga Singapura muda mungkin tidak mempunyai kemahiran ini pada masa ini, tetapi mereka akan belajar dari jurutera yang dibawa ke sini dari Korea dan tempat lain di dunia, sebagaimana yang kita lakukan pada masa lalu. Dan lama kelamaan, saya yakin kita akan membina tenaga kerja warga Singapura yang memiliki kemahiran ini.”



Menurut Encik Lee, meskipun Singapura tidak lagi menghasilkan badan kereta sejak 40 tahun lalu, Ford dan Mercedez Benz memasang badan kereta di sini antara 1940-an dengan 1980.



Namun teknologi perkilangan kenderaan yang berubah serta pemasangan badan kereta pada skala kecil yang tidak lagi berdaya maju mendorong Singapura mengubah strategi dan beralih ke kegiatan perkilangan lain supaya yang menjadikannya lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa.



Bagaimanapun, selepas 40 tahun, pasaran kenderaan telah berubah dan ada minat meningkat dalam kenderaan lebih bijak dan yang tidak mencemari sekitaran, kata Encik Lee,  dan kegiatan automotif kini sesuai dilakukan lagi di Singapura.



“Kenderaan elektronik (EV) mempunyai rantai bekalan yang berbeza, menggunakan bahagian mekanikal yang berkurangan dan lebih banyak bahagian elektronik, yang boleh disokong dengan kekuatan (ekonomi) Singapura,” kata Encik Lee.



“Sebab itu syarikat antarabangsa yang menghasilkan elektronik kenderaan seperti Delphi dan Infineon kini berada di Singapura dan telah berada di sini sejak dulu lagi,” kata Encik Lee lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >