SEJUMLAH 500 pekerjaan baru bernilai tinggi akan dijana dengan pembukaan kilang penghasilan wafer Micron baru di Woodlands.
Kilang baru yang dirasmikan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam itu menandakan pelaburan bernilai AS$4 bilion ($5.43 bilion) oleh Micron di negara ini bagi tempoh beberapa tahun mendatang.