Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA

Kilauan biru bangunan sempena Hari Air Sedunia

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



LATAR langit di kawasan bandar di sini berkilauan biru-kebiruan sepanjang hujung minggu lalu hingga semalam sempena Hari Air Sedunia, dengan jumlah rekod 44 bangunan dan mercu tanda 'bernyala' biru.



Sebanyak 10 bangunan mengambil bahagian buat kali pertama, termasuk Hab Sukan Singapura, Mount Faber, One Marina Boulevard, Wisma Atria dan Loji Penyulingan Keppel Marina East.



Mereka menyertai bangunan lain seperti Muzium ArtScience, Esplanade, Gardens by the Bay, Marina Bay dan Singapore Flyer, dalam satu usaha yang bertujuan menunjukkan komitmen terhadap usaha penjimatan dan menambah kemampanan bekalan air di sini.



Tahun lalu, 39 bangunan dan mercu tanda di kawasan bandar menyertai usaha Bandar Menjadi Biru itu.



Agensi air negara PUB telah menganjurkan acara itu sejak 2014, sempena Hari Air Sedunia.



Tarikh 22 Mac diperuntuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai Hari Air Sedunia sebagai peringatan bahawa sumber air jernih merupakan sumber yang kritikal dan harus dilindungi.



Sebelum acara tahun ini, PBB telah memaklumkan keperluan mendesak agar lebih banyak inisiatif diusahakan bagi menangani krisis air sedunia.



Sekitar 1.6 bilion orang - iaitu hampir suku penduduk sedunia - menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber air yang jernih dan selamat untuk digunakan.



Presiden Perhimpunan Agung PBB, Encik Volkan Bozkir, menyifatkan masalah ini sebagai sebuah "kegagalan moral" sedunia.



Di Singapura pula, sambutan tersebut secara khususnya merupakan sebuah acara yang penting kerana Singapura telah membentangkan Pelan Hijau berbilang kementerian baru-baru ini.



Rancangan itu, yang diperkenalkan pada bulan lalu, membabitkan kesemua sektor masyarakat dan memperkenalkan beberapa inisiatif kemampanan baru yang akan mengubah cara penduduk di sini bekerja, belajar dan melakukan kegiatan beriadah menjelang 2030.



Beberapa pakar berkata, rancangan kemampanan itu menekankan peri pentingnya untuk memikirkan tentang kebajikan generasi yang akan datang, terlebih dahulu.



Ini termasuk memastikan bekalan air di Singapura selamat untuk digunakan bagi jangka masa panjang.



Profesor Rajasekhar Bala, daripada Jabatan Kejuruteraan Sekitaran dan Awam di Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata:



"Iklim sedunia sedang berubah dan akan terus berubah, (sekali gus) menjejas proses kitaran air dan isu berkaitan seperti penghasilan tenaga (kuasa elektrik), keselamatan bekalan makanan dan kesihatan manusia."



Hari Air Sedunia di sini disambut sepanjang Mac dan memuatkan projek-projek yang bertujuan menambah kesedaran awam mengenai penjimatan air.



Kempen air PUB pada tahun ini juga memberi tumpuan kepada perubahan iklim.



Menulis di Facebook kelmarin, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggesa semua penduduk di sini memainkan peranan untuk menjimatkan air.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >