Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kilauan 'permata' bertaraf dunia di Changi

Jun 07, 2017 | 05:02 PM



PENGUNJUNG bangunan gaya hidup dan pusat beli-belah baru di Lapangan Terbang Changi mampu menikmati air terjun tertutup setinggi 40 meter sambil mereka berjalan di jambatan tergantung sepanjang 50 meter dengan ketinggian 23 meter yang diselimuti 'awan'.



Tarikan tersebut adalah sebahagian daripada Taman Canopy seluas 14,000 meter persegi - sebesar 11 kolam renang bersaiz Olimpik - terletak di tingat atas Jewel Changi Airport (Jewel) yang dijangka dibuka pada awal 2019.



Direka oleh arkitek terkemuka, Moshe Safdie dan sedang dibina di hadapan Terminal 1, Jewel akan menampilkan kubah yang diperbuat daripada kaca dan keluli yang akan menghiasi permukaan bangunan itu.



Bangunan yang dianggarkan seluas 134,000 meter persegi, menawarkan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan lapangan terbang, taman-taman tertutup, tempat tarikan riadah serta pusat membeli-belah dan makanan di samping menawarkan perkhidmatan hotel di bawah satu bumbung.



Selain itu, terdapat juga ruang permainan untuk kanak-kanak seperti net melantun (bouncing net), ruang pagar sesar atau 'maze' dan gelungsur yang direka khas oleh konsultan dari Britain, Perancis, Jerman, Netherlands dan Singapura.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pembangunan Jewel Changi Airport, Cik Hung Jean berkata: "Apabila kami mengkonsepsikan Taman Canopy, kami membayangkan sebuah kawasan yang bukan sahaja membuat pengunjung berasa tenang dengan tumbuhan hijau yang subur, malah juga sebuah tempat yang penuh dengan aktiviti interaktif menarik bagi pengunjung semua peringkat usia.



"Ia menjadi matlamat kami untuk menjadikan Jewel sebagai salah sebuah tarikan bertaraf dunia untuk pengunjung luar negara yang ke Lapangan Terbang Changi dan Singapura." - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >