Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Kini boleh bernafas lega selepas manfaatkan skim bantuan untuk penjaga

Oct 21, 2019 | 06:00 AM

Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) merupakan sebuah pusat sehenti yang menyediakan maklumat menyeluruh tentang penjagaan warga emas dan untuk individu yang mengalami masalah kesihatan mental. AIC bekerjasama rapat dengan rakan jagaan masyarakat, membantu menghubungkan mereka yang memerlukan bantuan kepada institusi perubatan dan pusat jagaan, kursus latihan, dan skim bantuan kewangan yang sedia ada. Berikut AIC membawakan kisah dua individu yang memanfaatkan antara program dan khidmat jagaan dengan bantuan mereka.

====================================================================

SELEPAS ibunya meninggal dunia pada 2016, Cik Siti Nabilah Abdul Aziz terpaksa berhenti

kerja sebagai guru prasekolah untuk menggalas tanggungjawab sebagai penjaga sepenuh

masa kepada neneknya.

Tugas itu bagaimanapun tidak mudah.

Nenek beliau, Cik Balkis Ibrahim, 80 tahun, mengalami angin ahmar pada 2015 dan didiagnos

menghidapi demensia pada tahun lalu. Awal tahun ini pula, neneknya menghidapi radang paru-

paru, yang sekali gus menjejas keupayaannya untuk melakukan kegiatan harian seperti

berjalan dan mandi. “Adik saya bersekolah dan kadang kala dia ada kegiatan tambahan hingga

lewat malam. Kini, dia sedang melakukan internship.

“Abah saya juga bekerja dan sering lakukan overtime untuk menyokong penjagaan Nani

(nenek) saya. Suami saya juga bekerja. Jadi, sayalah yang menjaganya seorang diri dari pagi

hingga malam. Ia agak mencabar,” kata Cik Siti Nabilah, 25 tahun.

Mengongsi antara cabarannya, Cik Siti Nabilah berkata beliau perlu menyuapkan makanan dan

perlu menukarkan lampin buat neneknya setiap hari. Oleh sebab neneknya itu menghidapi

radang paru-paru dan mempunyai sistem imun yang lemah, Cik Siti Nabilah juga kerap

membersihkan dan mensanitasikan rumahnya supaya neneknya tidak dijangkiti kuman dan

mudah jatuh sakit.

 

DAPATKAN BANTUAN

Dek keletihan dan tekanan yang dihadapi, beliau akhirnya memutuskan untuk mendapatkan

pertolongan dalam penjagaan neneknya itu beberapa bulan lalu.

Di sinilah Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) memainkan peranan mereka dengan

menghubungkan penjaga, seperti Cik Siti Nabilah, pada khidmat jagaan dan skim bantuan

kewangan yang sedia ada bagi penjagaan orang tersayang.

AIC merupakan sebuah pusat sehenti yang menyediakan maklumat jagaan menyeluruh kepada

warga emas, penjaga dan keluarga mereka.

Cik Siti Nabilah telah mendekati Pusat Jagaan Warga Emas Tembusu untuk meletakkan

neneknya di bawah aturan jagaan siang hari.

Cik Balkis menerima perkhidmatan seperti rawatan peribadi di rumah dan khidmat jagaan

seharian, di mana warga emas yang mempunyai keperluan jagaan bertahap tinggi boleh terus

tinggal di rumah bersama keluarga mereka dan tidak di rumah jagaan warga emas.

Cik Siti Nabilah mengongsi bahawa neneknya menghadiri pusat itu dari sekitar 8.30 pagi hingga

6.30 petang.

“Antara khidmat jagaan yang disediakan di pusat itu ialah mereka akan bantu mandikan Nani.

Mereka juga sediakan makanan lembut kerana Nani ada masalah untuk telan makanan.

“Kakitangan pusat itu juga sentiasa memberi saya maklumat tentang apa yang Nani lakukan

setiap hari, seperti kegiatannya, waktu dia makan, tidur, pergi ke tandas dan sebagainya,” kata

beliau.

Selain khidmat jagaan di pusat itu, Cik Siti Nabilah juga telah mendapatkan khidmat jagaan

jururawat di rumah menerusi Homage, iaitu sebuah khidmat jagaan kejururawatan di rumah,

untuk membantu menjaga Cik Balkis selama tiga jam pada waktu malam dari Isnin hingga

Jumaat.

Di samping itu, beliau juga mendaftar untuk meletakkan neneknya di bawah jagaan untuk masa

singkat (respite care) pada hujung minggu di Pusat Jagaan Warga Emas St Luke’s di Marine

Parade. Menurut Cik Siti Nabilah, beliau mendapat subsidi 80 peratus daripada Agensi

Penjagaan Bersepadu (AIC) bagi kesemua khidmat jagaan untuk neneknya itu.

 

KINI ADA MASA BEREHAT

Dengan adanya jagaan tersebut, Cik Siti Nabilah berkata beliau rasa lega dan kini mempunyai

lebih banyak masa untuk menjaga dirinya sendiri dan melakukan kegiatan lain.

Kini, lulusan diploma dalam jurusan undang-undang itu juga mempunyai masa di rumah untuk

mencari pekerjaan dan melakukan tugas lain di rumah.

“Sebagai pemberi jagaan, kita kadang kala lupa untuk menjaga diri sendiri kerana terlalu fokus

menjaga orang tersayang. Suami saya selalu mengingatkan saya untuk menjaga diri sendiri.

Sejak saya menjaga Nani seorang diri, saya tidak cukup tidur dan sentiasa berjaga-jaga kerana

bimbangkan dia.

“Nasihat saya kepada penjaga lain di luar sana adalah untuk mendapatkan bantuan jika mereka

rasa tertekan. Terdapat banyak agensi dan program sedia ada di mana anda boleh

mendapatkan pertolongan.

“Sebagai penjaga, fokuslah pada apa yang anda dapat berikan. Anda harus memahami bahawa

tidak ada penjaga yang sempurna tetapi kita semua berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Carilah bantuan dan memanfaatkan sumber yang tersedia ada untuk penjaga,” kata beliau.

Sokongan buat penjaga

Kesejahteraan penjaga

Penjaga boleh manfaatkan pelbagai sokongan termasuk:

- Pilihan penjagaan untuk masa singkat

- Latihan untuk penjaga lengkapi diri dengan ilmu dan kemahiran menjaga orang tersayang

- Kumpulan sokongan penjaga untuk sokongan emosi 

- Khidmat jagaan masyarakat (seperti jagaan siang hari di pusat jagaan warga emas) dan skim bantuan kewangan

 

  1. Penjagaan untuk masa singkat

 

Perkhidmatan ini disediakan di kedua-dua pusat jagaan dan rumah penjagaan, di mana penjaga boleh buat aturan jagaan untuk orang tersayang. Terdapat lebih 20 pusat di seluruh negara yang menyediakan penjagaan sementara, termasuk pada hujung minggu. Bagi mereka yang memerlukan penjagaan sepenuh masa dari 7 hingga 30 hari, mereka boleh memilih penjagaan sementara di lebih 40 rumah penjagaan.

 

Sejak April lalu, satu program pra-pendaftaran, Go Respite, telah dilancarkan untuk menyokong penjaga supaya dapat melengkapkan kerja-kerja pendaftaran terlebih dahulu. Mereka kemudian dapat memanfaatkan penjagaan sementara ini dalam tempoh satu hingga dua minggu apabila diperlukan.

 

  1. Latihan penjaga

Geran Latihan Penjaga (CTG) menyediakan geran tahunan sebanyak $200 yang boleh digunakan penjaga untuk menyertai kursus latihan. Terdapat lebih 200 kursus yang ditawarkan lebih 60 penyedia latihan.

 

  1.  Kumpulan sokongan penjaga

Penjaga boleh mendapatkan sokongan emosi daripada individu yang mempunyai pengalaman serupa dengan mereka.

 

  1.  Sokongan jagaan masyarakat lain

Pusat jagaan warga emas

- Penjaga boleh membuat aturan bagi orang tersayang dijaga di pusat jagaan warga emas

- Ia  program sepenuh hari bagi warga emas yang lemah atau mereka yang mempunyai demensia

 

Bantuan kewangan

- AIC juga mentadbirkan pelbagai skim bantuan kewangan

 

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang sokongan penjaga yang sedia ada menerusi AIC di wadah berikut:

Laman AIC:  www.aic.sg 

Talian AIC: 1800-650-6060

AIC Link yang terletak di hospital awam dan masyarakat, nod masyarakat dan pejabat AIC di Maxwell.

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian