Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kini jemaah boleh tunai umrah pada Syawal bagi elak kesesakan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UMRAH PADA RAMADAN

Kini jemaah boleh tunai umrah pada Syawal bagi elak kesesakan

May 26, 2019 | 05:30 AM



JEMAAH yang mahu mengelakkan kesesakan semasa menunaikan umrah, kini boleh berbuat demikian pada Syawal.



Jika sebelum ini tiada umrah dibenarkan pada Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah, kini kerajaan Arab Saudi dikatakan sudah membenarkan umrah semasa Syawal.



Ini bermakna tiada umrah dibenarkan hanya pada Zulkaedah dan Zulhijah, bagi memberi tempoh yang cukup sebagai persiapan sebelum masuk musim haji.



Langkah tersebut diperkenalkan sebagai usaha kerajaan Arab Saudi meningkatkan jumlah jemaah yang boleh menunaikan umrah.



Mengesahkan demikian, Pengasas dan Pengarah Urusan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayoob Angullia, berkata pihaknya mula memperkenalkan pakej umrah Syawal selama 13 hari itu bagi tahun ini.



Sejauh ini, seramai 30 jemaah telah membuat tempahan menyertai pakej umrah Syawal itu, ujarnya.



"Sememangnya bilangan jemaah tidak seramai seperti semasa Ramadan.



"Harganya juga sama seperti umrah di luar Ramadan.



"Dan kami juga terapkan program safari padang pasir bagi pakej kami itu," katanya lagi.



Harga umrah Syawal (beribadah dan beriadah) itu bermula daripada $3,995 bagi tiga orang sebilik dan $4,095 bagi dua orang sebilik.



Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, pemilik TM Fouzy Travel and Tours, pula berkata buat kali pertama pihaknya memperkenalkan pakej umrah 10 hari dan 12 hari semasa Syawal.



"Manfaatnya ialah jemaah tidak akan menghadapi kesesakan dan dapat menunaikan ibadah dengan lebih selesa.



"Sebabnya, jemaah lebih ramai menunaikan ibadah umrah semasa akhir Ramadan, dan biasanya pulang seawal Syawal," katanya.



Pada tahun-tahun sebelumnya, lebih ramai jemaah menunaikan umrah akhir Ramadan sehingga beberapa hari selepas Syawal.



Menurut Encik Ayoob, selain program menjejaki hijrah Nabi Muhammad ke Madinah, Kementerian Haji Arab Saudi dikatakan mempunyai rancangan memperkenalkan program menginap dengan keluarga Saudi (homestay).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >