RAPAT HARI KEBANGSAAN: MEMBANTU WARGA BEKERJA LEBIH LAMA
Kini kerja dalam sekitaran teknologi selepas jalani latihan
Aug 19, 2019 | 05:30 AM
SEDANG bank mengurangkan bilangan teler bank, pegawai DBS, Cik Nahariah Mohd Nor, 47 tahun, tidak gentar menjalani latihan yang membolehkannya bekerja dalam sekitaran pekerjaan yang memanfaatkan teknologi digital.
Hasil menjalani Program Penukaran Kerjaya (PCP) di bawah Workforce Singapore (WSG) selama enam minggu, beliau dipilih tugas baru sebagai pegawai perkhidmatan bagi khidmat mesin teler video (VTM) bank itu.