Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Kini lebih yakin ke Tanah Suci sekali lagi bersama keluarga

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PERMINTAAN UMRAH MENINGKAT

Kini lebih yakin ke Tanah Suci sekali lagi bersama keluarga

Aug 24, 2022 | 05:30 AM

SUDAH lebih dua tahun, Cik Noor Azizah Abduk Khalik, suaminya, Encik Amirudhin Mohd Ali serta ibunya, Cik Sapiyah Pungot, tidak menunaikan umrah.

Walaupun Arab Saudi telah membuka sempadannya untuk membenarkan ibadah umrah bagi jemaah antarabangsa akhir tahun lalu, Cik Azizah tidak melakukan perjalanan ke Tanah Suci ketika itu kerana masih ragu-ragu tentang protokol keselamatan yang ditetapkan untuk Covid-19 di sana.

Memantau keadaan sepanjang tahun ini, Cik Azizah berkata beliau kini lebih yakin untuk ke luar negara setelah melihat ramai jemaah warga Singapura yang sudah ke sana dan pulang dengan selamat.

Ingin mengubat rindu, Cik Azizah bersama suaminya, yang bekerja dalam bidang perkhidmatan pengurusan dokumen dan ibunya akan menunaikan umrah pada akhir tahun ini.

"Ibu saya sebenarnya teringin pergi November lalu bersama rakan-rakannya ketika Arab Saudi baru sahaja mengumumkan pembukaannya kepada jemaah antarabangsa.

"Ketika itu saya rasa rancangan ke luar negara ketika itu agak bahaya lagi, jadi saya sarankan untuk tangguhkan perjalanan itu," kata Cik Azizah.

"Namun, setelah melihat beberapa kenalan saya menunaikan ibadah umrah dan haji tahun ini, saya rasa lebih yakin bahawa ia kini selamat untuk kami semua menunaikan ibadah umrah bersama," tambah beliau yang berusia 51 tahun.

Dijangkakan mengikuti rombongan Shahidah Travel and Tours, Cik Azizah bersama suami dan ibunya akan ke Madinah selama lapan hari dan kemudian ke Makkah selama lima hari nanti.

Menurutnya, beliau berbelanja lebih daripada $5,000 bagi setiap pax bagi penginapan untuk dua orang sebilik.

Harga ini lebih $1,000 berbanding kepada sekitar $4,000 yang beliau biayai untuk pakej yang sama pada 2018, menurut Cik Azizah.

Meskipun terdapat lonjakan dalam harga pakej yang ditawarkan, beliau berkata pakej yang ditawarkan itu menyeluruh.

"Terdapat beberapa perkara yang kami rasa adalah penting untuk ada dalam pakej yang ditawarkan.

"Antaranya termasuk insurans, pembayaran ujian swab ketika tiba di sana serta khidmat yang baik.

"Penjelasan mereka tentang keadaan sana juga teliti, jadi walaupun mahal sedikit, saya rasa memang wajar bagi saya dan keluarga saya untuk ke sana dengan agensi ini," ujarnya.

Ditanya sekiranya beliau khuatir akan terjangkit virus Covid-19 semasa perjalanannya, Cik Azizah berkata mereka semua sudah pun dijangkiti dengan Covid-19 sebelum ini.

Namun begitu, beliau berkata mereka masih akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri.

Ini termasuk mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 kedua sebelum melakukan perjalanan itu.

"Ibu saya mempunyai kencing manis dan sudah lanjut usia.

"Jadi kami semua harus mengambil langkah berjaga-jaga.

"Walaupun sudah dijangkiti Covid-19 sebelum ini, kita masih boleh dijangkiti dengan varian yang lain dan kita tidak tahu bagaimana ia akan menjejaskan kesihatan kita," katanya.

Cik Azizah, Encik Amirudhin dan Cik Sapiyah akan berangkat ke Tanah Suci pada Disember ini bersama 12 jemaah lain dalam rombongannya.

"Hari-hari saya akan pasangkan video Haramain di televisyen untuk lihat keadaan di sana. Rindu sangat.

"Sekarang masih melihat Tanah Suci melalui skrin, nanti bulan Disember, saya tidak sabar melihat pemandangan yang sama secara fizikal," tambahnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3