Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kios belajar sendiri bantuan pernafasan CPR guna tangan

Sep 30, 2018 | 12:54 PM



ORANG ramai boleh mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) di lapan kios CPR yang dilancarkan pada Sabtu (29 September), buat kali pertama di Asia.



Yayasan Jantung Singapura (SHF), dengan kerjasama Majlis Resusitasi dan Bantuan Kecemasan Singapura (SRFAC), melancarkan kios belajar sendiri itu untuk meningkatkan kesedaran tentang kemahiran menyelamatkan nyawa.



Penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung dan saluran darah) penyebab utama kematian di Singapura, dengan secara purata lebih 2,000 serangan jantung berlaku di luar hospital berlaku setiap tahun. Kemungkinan mangsa dapat bertahan berkurangan sekitar 7 peratus dengan setiap minit yang berlalu, kata SHF dalam satu kenyataan media.



Kadar respons orang di tempat kejadian kepada kes jantung terhenti berfungsi (cardiac aerest) kini 54 peratus di Singapura, kata yayasan itu. Ia berharap meningkatkan kadar itu dengan menyediakan kios CPR, yang dilancarkan sempena Minggu Jantung Kebangsaan/Hari Jantung Sedunia 2018.



Setiap kios membolehkan pengguna mencuba CPR dengan menggunakan tangan untuk melakukan pemampatan dada pada badan manekin. Terdapat arahan pendek dan bertulis serta video maklumat. Kepala manekin menyala apabila ia dilakukan dengan betul.



Dalam CPR tangan sahaja, bantuan pernafasan mulut ke mulut yang dilakukan dalam CPR konvensional tidak lagi dibuat.



“Terdapat bukti bahawa menggunakan tangan sahaja boleh menyelamat nyawa. Sesetengah orang tidak selesa dengan mulut ke mulut,” kata Profesor Terrance Chua, pengerusi SHF, lapor akhbar The Sunday Times.



Profesor Chua berkata setiap kios bertujuan menjadi “perasa” supaya lebih ramai orang akan terdorong untuk mendaftar bagi kursus pensijilan dalam kemahiran CPR dan defibrilator luaran automatik (AED). AED ialah peranti mudah alih untuk menghantar kejutan elektrik ke jantung bagi mencuba memulihkan irama degupan biasa.



Lapan kios CPR itu terletak di kawasan ramai orang, seperti universiti dan pawagam, dan terdapat rancangan menempatkan lebih banyak di 13 lokasi lain, kata Profesor Chua.



Kios itu terletak di Chevron House, Pusat Jantung Nasional Singapura, Institut Pendidikan Nasional (NIE), Northpoint City, Institut Pengurusan Singapura, Institut Teknologi Singapura, The Cathay Cineplex dan Hab HDB Toa Payoh, tempat majlis pelancaran itu diadakan pada Sabtu.



Encik Dhiyab Alsharki, 31 tahun, pengarah sebuah syarikat yang menjual yogurt, antara mereka yang mencubanya pada Sabtu.



“Dalam masa dua minit, saya dapat memahami PKR. Setiap orang harus mempunyai pengetahuan ini,” katanya.



Pelancaran kios itu dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik  Amrin Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >