Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kios FastJobs bantu warga emas cari kerja sambilan, sementara

Aug 10, 2018 | 07:01 PM



PENDUDUK Radin Mas terutama warga emas yang ingin mencari kerja sementara, sambilan dan kontrak kini boleh mencari dan memohon bagi pekerjaan itu dalam kejiranan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).



Ini menyusuli pelancaran kios pertama portal pekerjaan FastJobs di Kelab Masyarakat Radin Mas semalam sebagai sebahagian daripada usaha menghubungkan pekerja lebih tua dengan peluang pekerjaan yang dekat dengan rumah mereka.



Lagi 15 hingga 20 kios akan dilancarkan di kelab masyarakat lain menjelang hujung tahun ini.



Untuk menggunakan kios tersebut, penduduk boleh memilih pekerjaan yang mereka minati dan kemudian menghantar kod pekerjaan itu kepada nombor telefon bimbit yang disediakan menerusi SMS.



Mereka juga boleh menjawab soalan dari majikan menerusi SMS.



Majikan juga boleh menghubungi pemohon kerja itu secara langsung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >