Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG TAHUN BARU

Kira detik sambut Tahun Baru kembali di Marina Bay

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



SETELAH ditiadakan selama dua tahun akibat wabak Covid-19, kira detik Ambang Tahun Baru (NYE) yang popular akan kembali di Marina Bay malam ini.



Acara kira detik NYE terbesar di Singapura itu akan disambut dengan pertunjukan bunga api pada Malam Tahun Baru 2023 yang dinanti-nantikan orang ramai.



Menjelang acara tersebut, kira-kira 500,000 pengunjung dijangka hadir di kawasan Marina Bay untuk mengambil bahagian dalam perayaan Ambang Tahun Baru.



Polis menjangkakan orang ramai akan hadir untuk Kira Detik Singapura Marina Bay 2023 mulai kira-kira 6 petang.



Kira detik di Marina Bay tidak semewah dua tahun lalu kerana wabak Covid-19, dengan bunga api dibatalkan bagi mengurangkan orang ramai di kawasan itu dan menghalang virus daripada menular.



Tetapi bunga api kembali kali ini dengan pertunjukan 7 minit dijangka pada tengah malam untuk menyambut tahun baru.



Selain itu, orang ramai juga dapat menikmati kawasan Marina Bay yang diwarnai kerlipan cahaya lampu dan persembahan pancaran cahaya.



Karya seni berwarna-warni itu akan dipancarkan pada permukaan bangunan The Fullerton Hotel Singapura dan juga patung Merlion sebagai sebahagian daripada pesta Marina Bay Countdown, kata penganjur, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Bertema 'City of Good', ia merupakan karya asli 14 pelajar enam institut pendidikan setempat, antaranya Politeknik Ngee Ann dan Maktab Seni Lasalle.



Persembahan yang diberi nama Berkongsi Waktu, atau Share The Moment, dianjurkan dengan kerjasama Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) serta Giving.sg.



Ia akan berlangsung selama 15 minit dari 8 malam hingga 10.30 malam setiap hari dan dilanjutkan hingga 11.45 malam pada Malam Tahun Baru.



Selain itu, beberapa kawasan kejiranan di Singapura juga akan memulakan tahun baru dengan penuh semangat.



Antaranya Boon Lay, Punggol, Keat Hong, Tampines dan Macpherson.



Penduduk Singapura boleh menyaksikan kembalinya lebih 20 acara sambutan Tahun Baru pada peringkat masyarakat, di pelbagai tempat sekitar kawasan kejiranan yang berlangsung hari ini.



Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut pertunjukan bunga api diadakan di bahagian tengah.



Perayaan anjuran Pertubuhan Akar Umbi, Persatuan Rakyat ini akan menghimpunkan lebih 70,000 penduduk daripada semua peringkat umur, kaum, dan kewarganegaraan untuk menjalin hubungan dengan keluarga, rakan, dan jiran serta berkongsi hasrat dan aspirasi untuk 2023.



Sewaktu pandemik ini, bunga api 'penghitung waktu' menyambut tahun baru itu dipaparkan di pelbagai tempat kejiranan bagi mengurangkan orang ramai berhimpun dan mencegah penularan Covid-19.



Dianjurkan oleh sukarelawan dan kakitangan jawatankuasa penganjur daripada kejiranan, orang ramai dapat menyertai pelbagai program sambil menikmati kemeriahan perayaan berkenaan dan menyambut tahun baru bersama-sama sebagai sebuah masyarakat.



Antara yang boleh dinikmati termasuk persembahan pentas, permainan interaktif, karnival dan trak makanan, tayangan filem, pancaran laser dan bunga api.



One Punggol akan mengadakan sambutan hujung tahun pertamanya 'Countdown to 2023 @ One Punggol' untuk penduduk Punggol.



Penduduk Tampines boleh berpesta malam pada acara 'That Night @ OTH' dari hari ini hingga 2 Januari 2023.



Di kawasan barat Singapura, ActiveSG dan Sekolah Menengah River Valley akan menyediakan perlumbaan sukan dan permainan gerai di Karnival Countdown, untuk menggalakkan kehidupan yang lebih sihat di 'heARTs! @ Boon Lay 2023 - Countdown Boon Lay 2023'.



Bagi acara ini, penduduk muda juga dilibatkan dalam membantu merancang dan menganjurkan acara akhir tahun, dengan fokus pada unsur inklusiviti dengan mereka membawa penduduk berkerusi roda dan warga tua menyertai perayaan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >