Kiraan sampel: WP 58%, PAP 42% di Hougang

PARTI Pekerja (WP) mendahului di kubu kuatnya, kawasan undi perseorangan Hougang, dengan Anggota Parlimen penyandang, Encik Png Eng Huat, mendapat 58 peratus undi, berdasarkan kiraan sampel.

Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Lee Hong Chuang, mendapat 42 peratus undi.