Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kirsten Han, M Ravi, TOC Asia diberi arahan pembetulan Pofma atas kenyataan palsu berkaitan kes hukuman mati

May 19, 2023 | 10:20 PM



ARAHAN pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) telah dikeluarkan ke atas beberapa individu bagi kenyataan palsu berkaitan hukuman mati ke atas pengedar dadah, Tangaraju Suppiah.



Arahan itu dikeluarkan berhubung kenyataan dalam:



a. Catatan Facebook oleh aktivis, Kirsten Han (Han) pada 19 April 2023 dan 22 April 2023; 

b. Artikel Han yang diterbitkan pada 19 April;

c. Catatan Twitter Han pada 19 April 2023;

d. Catatan Facebook Transformative Justice Collective (TJC) pada 23 April;

e. Catatan Facebook oleh peguam, M Ravi pada 20 April 2023 dan 27 April 2023;

f. Artikel oleh The Online Citizen Asia (TOCA) yang diterbitkan di lamannya pada 28 April 2023;

g. Facebook, LinkedIn dan Twitter TOCA, pada 28 April 2023; dan

h. Catatan Facebook oleh aktivis, Andrew Loh (Loh), pada 24 April 2023.



Satu kenyataan oleh Kementerian Ehwal Negeri (MHA) pada Jumaat menyatakan bahawa catatan-catatan dan artikel media sosial tersebut mengandungi kenyataan palsu mengenai hukuman mati yang dikeluarkan ke atas Tangaraju.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, yang juga Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri telah mengarahkan Pejabat Pofma untuk mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada Han, TJC, M Ravi, Loh dan TOCA berkenaan kenyataan palsu yang dibuat di platform masing-masing.



Menurut MFA, pos media sosial dan artikel itu mengandungi kenyataan palsu berikut:



- Tangaraju dikatakan meminta seorang penterjemah semasa kenyataannya direkod tapi telah dinafikan, dan Tangaraju tiada penterjemah mahupun akses kepada peguam semasa perbicaraannya.



- Selain itu Tangaraju dikatakan tidak pernah diberitahu bahawa Hakim Steven Chong merupakan Peguam Negara apabila keputusan diambil oleh Pejabat Peguam Negara berkaitan kes Tangaraju.



- Mahkamah kononnya tidak mengesahkan sekiranya Tangaraju mempunyai sebarang bantahan kepada perihal perbicaraan oleh Hakim Steven Chong berkaitan kes Tangaraju.



- Tangaraju disabit, dan dihukum gantung, dan kemudian kononnya didapati tidak bersalah.



- Beberapa arahan kos peribadi dikatakan dikenakan terhadap M Ravi tanpa asas yang wajar, sebagai menghukumnya bagi kerjanya dalam kes-kes hukuman mati.



Faktanya



Tangaraju, yang merupakan seorang warga Singapura berusia 46 tahun telah disabit kerana bersubahat mengedar 1,017.9 gram ganja. 



Akta Penyalahan Dadah memperuntukkan hukuman mati sekiranya jumlah ganja melebihi 500 gram.



Dan 1,017.9 gram adalah seganda lebih banyak daripada ambang hukuman mati, dan cukup untuk memenuhi ketagihan sekitar 150 penyalah guna dadah untuk tempoh seminggu.



Dakwaan Tangaraju bahawa dia meminta penterjemah tetapi tidak diberikan penterjemah semasa kenyataannya direkod adalah palsu, dan telah ditolak Mahkamah Tinggi.



Mahkamah Tinggi mendapati ini tuduhan kosong, yang ditimbulkan buat kali pertama semasa pemeriksaan balas, dikatakan tidak ikhlas memandangkan pengakuan yang dibuat Tangaraju bahawa dia tidak membuat permintaan sedemikian bagi sebarang kenyataan lain yang diambil daripadanya.



Tangaraju kemudian diberi proses yang sepatutnya secara penuh di bawah undang-undang.



Dia diwakili oleh peguam dan mempunyai akses kepada seorang penterjemah sepanjang perbicaraannya.



Peguam Tangaraju ketika itu kemudian diberitahu, sebelum rayuan didengar, bahawa Hakim Steven Chong adalah Peguam Negara semasa keputusan diambil berkaitan kesnya itu.



Namun Hakim Steven Chong tidak terlibat dalam proses membuat keputusan itu dan peguam Tangaraju ketika itu diberitahu tentang hal itu juga.



Peguam Tangaraju ketika itu telah menjawab untuk mengesahkan bahawa Tangaraju tiada bantahan terhadap keanggotaan Hakim Steven Chong dalam Mahkamah Rayuan, untuk mendengar rayuannya.



Sabitan Tangaraju oleh Mahkamah Tinggi telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, iaitu mahkamah tertinggi di Singapura. Sabitan itu tidak ditarik balik.



Perintah untuk membayar kos telah dibuat terhadap M Ravi atas sebab yang munasabah dan sejajar dengan undang-undang, seperti yang boleh didapati dalam penghakiman mahkamah, dan ini tersedia secara terbuka, menurut kenyataan itu lagi.



“Walaupun terdapat penjelasan pemerintah serta dapatan jelas mahkamah mengenai kes Tangaraju, Han, TJC, M Ravi, Loh dan TOCA masih membuat kenyataan palsu.



“Kenyataan palsu ini boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap pemerintah dan badan kehakiman.



“Pemerintah memandang serius terhadap penyampaian kepalsuan yang disengajakan,” kata MFA.



Orang ramai boleh mendapatkan fakta kes tersebut di laman https://www.gov.sg/article/factually190523.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >