Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kisah lama, tekanan hidup jadi faktor kemurungan diri

Sep 26, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA minggu lalu, Suri (bukan nama sebenar) nekad hendak membunuh diri dan telah mengelar lengannya sambil menulis surat berpisah atau suicide note buat keluarga dan teman-temannya.



Beliau telah membuat keputusan itu setelah mengalami tempoh kemurungan yang serius - gabungan tekanan di tempat kerja serta isu peribadi - yang mendorongnya mengelar lengannya.



Namun selepas membaca surat tersebut berkali-kali, Suri tidak dapat menahan air matanya dan apabila terkenang keluarganya, beliau langsung menghentikan niatnya itu.



Ini bagaimanapun bukan kali pertama beliau cuba membunuh diri.



Sebenarnya keinginan tersebut telah wujud dalam diri Suri sejak beliau di bangku sekolah menengah lagi dan keinginan itu akan terlintas di benak fikirannya pada masa-masa tertentu hingga sekarang pada usia 26 tahun.



Bagi menangani isu yang dihadapinya, Cik Suri kini tekun menjalani rawatan terapi psikologi dengan pakar.



"Saya tahu jika saya tidak mendapatkan bantuan (pakar) yang saya perlukan, saya boleh terjerumus 100 peratus dalam fikiran buruk ini," katanya.



Menurutnya, perasaan dan fikiran yang terpendam sejak kecil mungkin menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada keadaan mentalnya.



"Zaman kanak-kanak saya agak sukar. Saya sering menjadi mangsa buli sejak di sekolah menengah satu," ujar Suri kepada Berita Harian (BH).



"Tambahan lagi, keluarga saya pada masa itu juga mengalami masalah kewangan dan juga emosi. Saya sedar ibu bapa saya sedang menghadapi tempoh yang mencabar, jadi saya tak beritahu sesiapa tentang perkara ini.



"Saya rasa emosi yang dah lama terpendam ini telah berubah dan membuat saya mengalami kemurungan," tambahnya.



Menurutnya lagi, kemurungan yang dialaminya biasanya akan 'membawa' kepada keinginan untuk menamatkan hidupnya.



"Ada kalanya saya tak mempunyai dorongan untuk terus hidup. Saya rasa seperti dipaksa hidup. Saya tak merasakan keseronokan dan tidak ingin melakukan apa-apa," katanya sambil menambah keinginannya itu tidak pernah diceritakan kepada anggota keluarganya.



Seorang lagi individu yang mengongsi kisah mereka dengan BH ialah Cik Yulianna Frederika Abdul Rahman, 24 tahun, yang menceritakan 'luka' mendalam yang dialaminya selepas salah seorang temannya meragut nyawa sendiri enam tahun lalu.



Rakannya, yang pada masa itu berusia 18 tahun, dikatakan terlalu tertekan semasa tempoh peperiksaan GCE Peringkat 'A'.



"Saya sering terfikir jika ada sesuatu yang boleh saya lakukan pada masa itu... sering juga saya terfikir jika ada yang bertanyakan khabar kepadanya, terutama sekali rakan sekelas atau gurunya, mungkin dia dapat dibantu," kata Cik Yulianna, yang bertugas sebagai pengurus media sosial.



Meskipun pemergiannya sudah agak lama, namun Cik Yulianna akui beliau masih terkesan setiap kali terfikirkan nasib yang menimpa temannya itu.



Namun, beliau cuba salurkan kesedihannya itu kepada usaha mempertingkat kesedaran tentang pencegahan bunuh diri, termasuk melalui artikel yang ditulisnya.



"Saya akan membincangkan kesedihan saya ini secara terbuka kerana saya sedar saya perlukan sokongan orang lain dalam menghadapi perasaan ini.



"Saya juga ingin menjadikan perbincangan tentang topik ini perkara yang biasa supaya ia dapat membantu orang lain," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >