MALAM SASTERA BERITA HARIAN

Kisah 'Uhud' bakal bergema hiasi malam

Wartawan BH sajikan puisi diiring alunan muzik Arab

KARYA yang bakal dipersembahkan lengkap dengan iringan muzik daf, sejenis alat muzik Arab, akan membawa penonton mengimbas kembali detik-detik bersejarah peristiwa Perang Uhud yang berlaku pada tahun ketiga Hijrah.

Encik Darwis Said, yang telah berkecimpung dalam arena sastera Melayu sejak berumur 13 tahun, akan menghiasi ruang acara Malam Sastera malam ini dengan bibit-bibit karya beliau berjudul Uhud yang beliau ciptakan pada tahun 1984.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan