FORUM EKONOMI BARU BLOOMBERG

Kissinger: China, Amerika Syarikat perlu imbangi perspektif masing-masing

SEBAGAI peneraju utama hubungan Amerika Syarikat dengan negara komunis China lebih empat dekad lalu, tidak hairan mantan diplomat, Encik Henry Kissinger melihat ketegangan antara kededua negara pada masa ini dengan rasa kecewa.

Meskipun hubungan China-Amerika berada di tahap paling rendah kini, Dr Kissinger tetap optimis kededua negara tidak akan sampai ke tahap ketegangan yang boleh mengubah orde global, lapor The Straits Times semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan