Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit ART Flowflex boleh didapati pada harga $4.90 setiap satu di cawangan Unity, FairPrice

Dec 10, 2021 | 08:01 PM



USAHA memerangi penularan Covid-19 berjaya dipertingkat dengan pelancaran kit ujian sendiri baru yang harga lebih rendah.

Kit ujian pantas antigen (ART) Flowflex boleh dibeli mulai Jumaat (10 Dis) di semua 70 kedai Unity dan lebih  90 pasar raya FairPrice, pasar raya FairPrice Finest, pasar raya FairPrice Xtra, Warehouse Club dan FairPrice dalam talian.





Kit itu, yang diluluskan bagi penggunaan di Singapura oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 8 November, dijual pada harga $4.90 – di bawah harga kit ART lain, iaitu kira-kira $10 setiap satu.

Satu pek lima kit Flowflex berharga $24, manakala pek 25 kit adalah $117.50.

Ia juga akan dijual di 40 kedai serbaneka Cheers dan FairPrice Xpress yang terpilih di kawasan laluan trafik tinggi dan stesen minyak  Esso minggu depan, kata jurucakap syarikat FairPrice.





Pelancaran kit ujian ART terbaru ini menyusuli kenyataan  Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada bulan lalu bahawa lebih banyak kit berharga “jauh di bawah $10 dan mungkin di bawah $5” akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >