Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit ART laris dijual di farmasi dan kedai runcit

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA farmasi dan peruncit melaporkan stok kit ujian pantas antigen (ART) mereka sudah kehabisan dijual dengan semakin ramai orang dijangkiti koronavirus Covid-19 di sini.



Namun, pengedar berkata, tiada sebab untuk orang ramai membeli kit-kit itu secara panik kerana terdapat stok setempat yang mencukupi.



Sekurang-kurangnya enam penjual di kawasan Toa Payoh Central, VivoCity dan Bukit Panjang telah kehabisan kit ART.



Permintaan bagi kit-kit itu melonjak lima kali ganda dalam beberapa minggu kebelakangan, kata jurucakap Guardian dan Watsons, dua rantaian runcit kesihatan utama di sini.



Kata jurucakap Watsons: "Secara amnya, kami faham pasaran kini berdepan dengan ketersediaan stok terhad. Stok yang kami bawa habis terjual dengan cepat."



Watsons sedang bekerjasama dengan pembekal untuk menambah stok dan mencari penyedia lain untuk meningkatkan bekalannya, tambah jurucakap itu.



Sementara itu, jurucakap Guardian pula berkata, lebih banyak stok akan tersedia minggu ini sambil meyakinkan pelanggan bahawa terdapat kit ujian yang mencukupi.



Di pasar raya FairPrice pula, permintaan bagi kit ART telah berganda minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.



"Ini mungkin disebabkan meningkatnya kesedaran mengenai alat ujian kendiri itu berdasarkan jumlah kes Covid-19 yang bertambah baru-baru ini dalam masyarakat," kata jurucakap FairPrice.



FairPrice sedang bekerjasama dengan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk memastikan bekalan dan lebih banyak kit tersedia bagi keperluan masyarakat, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >