Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit galak warga emas ceritakan kisah lama dilancar

Nov 21, 2017 | 04:15 PM



 



 



KERIANGAN majlis perkahwinannya di kampung di Lorong Stangee dahulu masih lagi segar dalam ingatan Cik Ainon Abass.



Beliau, yang kini berusia 76 tahun, membina mahligai bersama suaminya semasa dalam lingkungan usia awal 20 tahun.



Tidak seperti hari ini di mana pengantin perempuan boleh memilih pakaian dan andaman mereka sendiri, Cik Ainon hanya menuruti saranan dan pilihan ibunya.



“Semasa hari nikah, kita gunakan baju biasa - baju kota bahru, kain wiron dengan selendang. Masa sanding, kita pakai baju kurung songket pengantin dengan selendang broked dan kalung bertingkat. Sanggul lintangnya pun berat.



“Dulu senang, keluarga tak susah kerana orang kampung akan bawa beras dan bahan-bahan lain seperti ayam, daging, telur dan sebagainya. Orang kampung dengan keluarga sama-sama masak, cuci pinggan mangkuk. Ini yang orang Jawa kata gotong royong,” kata beliau.



Cik Ainon mengongsi kisah peribadinya itu apabila ditunjukkan gambar majlis perkahwinan Melayu lama di kampung pada tahun 1970an dalam Conversation Starter Kit.



Conversation Starter Kit, atau Kit Permulaan Perbualan, mengandungi dua buku yang menampilkan 40 gambar termasuk tempat ikonik dan barang harian yang digunakan pada masa lalu.



Ini seperti Masjid Sultan, Stesen Kereta Api Tanjong Pagar, Taman Hiburan Happy World, batu lesung, papan pencuci pakaian dan basikal lama. Setiap gambar diiringi siri soalan berstruktur bagi mengajak warga emas bercerita.



Kit itu bertujuan menggalak warga emas berkongsi pengalaman dan kisah peribadi mereka serta memudahkan dialog antara warga emas dengan penjaga mereka.



Ia dilancarkan Lembaga Warisan Negara (NHB) dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) di Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen pagi tadi.



Kit tersebut akan diperkenalkan secara bertahap kepada pelbagai pusat kegiatan warga emas dan agensi penjagaan warga emas tahun depan.



Ia juga akan disediakan di kaunter khidmat pengunjung di Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen, Taman Warisan Melayu dan Pusat Warisan India pada Januari ini, yang boleh dipinjam pengunjung semasa lawatan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >