Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit PCR pertama khusus buat kesan Omicron dilancar firma bioteknologi tempatan

Dec 06, 2021 | 11:03 PM



FIRMA bioteknologi tempatan BioAcumen Global telah melancarkan kit reaksi rantaian polymerase (PCR) Covid-19 yang pertama dan khusus buat varian Omicron.



Kit Pengesanan Omicron BioA mampu mengesan varian Omicron secara khusus selain varian koronavirus sebelum ini, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (6 Disember).



Ini bererti seorang individu akan menerima salah satu daripada tiga hasil ujian ini: positif Covid-19 dan positif Omicron; positif Covid-19 dan negatif Omicron; atau negatif Covid-19 dan Omicron.



Buat masa ini, kit PCR di sini yang berupaya mengesan Omicron memerlukan langkah penjujukan gen bagi mengesahkan varian tertentu. Ini mengambil satu hari tambahan.



Keupayaan kit ujian ini mengesan dan mengenal pasti varian Omicron secara khusus akan mempercepatkan proses ujian ini.



Ujian PCR secara umum mengambil masa beberapa jam sehari untuk memproses selepas mengambil kira masa yang diambil untuk 'swab', logistik dan memuatnaikkan hasil ujian. Ini tidak termasuk masa yang diperlukan bagi penjujukan gen tambahan jika perlu. 



Sesetengah kit PCR seperti mereka yang kini digunakan oleh firma teknologi perubatan Acumen Diagnostics dan firma bioteknologi MiRXES berupaya mengesan kedua-dua varian Delta dan Omicron, tetapi bagi mengesahkan jika kes positif telah dijangkiti Omicron, penjujukan gen diperlukan.



Satu kelebihan ujian Omicron BioA ini adalah ia telah disejukbekukan agar ia tidak memerlukan penyejukan, tidak seperti kit ujian PCR 'basah' lain.



Ini memudahkan simpanan dan ketetapan pengangkutan, membolehkan kit ini disimpan pada suhu bilik sehingga tempoh setahun.



Menggunakan kit PCR Omicron yang khusus dan disejukbekukan adalah mudah. Contoh swab ditambah pada bahan pracampur sebelum adunan itu dimasukkan ke dalam mesin PCR. Hasilnya akan diperolehi sekitar 90 minit selepas 'swab' diperolehi.



BioAcumen Global mula menghasilkan kit yang disejukbekukan pada Mei. Melihat pada kemudahan dan kelajuan di mana kit ini boleh mengesan Omicron, syarikat ini berharap kit ini dapat digunakan di tempat seperti pusat pemeriksaan imigresen.



Kata pengarah BioAcumen Global, Encik Jimmy Toh: "Kami sedang melihat cara bagaimana dapat mengurangkan langkah dan masa yang diperlukan bagi menjalankan ujian ini. Ini penting khususnya di sempadan di mana ujian tepat perlu dikendalikan di lokasi berkenaan. Tiada masa untuk menanti keputusan penjujukan bagi mengetahui jika contoh positif itu dijangkiti Omicron."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >