Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Kit uji diri Covid-19 dijual di beberapa farmasi mulai 16 Jun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kit uji diri Covid-19 dijual di beberapa farmasi mulai 16 Jun

Jun 10, 2021 | 05:45 PM

KIT uji diri Covid-19 akan dijual oleh ahli farmasi di kedai farmasi Guardian, Unity dan Watsons mulai 16 Jun, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (10 Jun).

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam sesi memaklumkan butiran terkini pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19, berkata:

"Kerana kami ingin menyambung lebih banyak kegiatan, kami perlu mempercepatkan proses ujian, menjadikannya mudah dan boleh dilakukan di mana-mana."

Jualan kit ini awalnya terhad pada 10 kit ujian pantas antigen (ART) bagi setiap orang bagi memastikan bekalan yang ada cukup buat semua.

Kit ini akan dijual di lebih banyak lokasi runcit secara beransur-ansur.

Pengarah Khidmat Perubatan MOH, Profesor Madya Kenneth Mak, berkata:

"Kami kelak akan membenarkan kit ujian ini dibeli secara bebas apabila lebih banyak bekalan kit ujian ART boleh didapatkan bagi jualan runcit."

Kit ART ini mengeluarkan kesan dalam masa kurang 20 minit, mudah digunakan dan boleh ditadbir sendiri, kata MOH.

Menurut Profesor Mak, kit uji diri ini mengiringi strategi pengawasan menyeluruh MOH.

"Kit yang cepat dan mudah digunakan akan membolehkan kita mengesan kes jangkitan lebih cepat lagi khususnya dalam kalangan individu yang tidak mempunyai tanda jangkitan pernafasan akut tetapi prihatin mereka mungkin terdedah pada Covid-19," katanya.

Ini mungkin buat mereka yang telah ke tempat yang disahkan dikunjungi kes Covid-19, sebagai contoh.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3