Kit ujian Covid-19 DIY akan dijual di farmasi mulai 16 Jun, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

BERITA

Kit ujian Covid-19 DIY akan dijual di farmasi mulai 16 Jun

Jun 11, 2021 | 05:30 AM

KIT ujian Covid-19 lakukan sendiri (DIY) akan dijual di farmasi Guardian, Unity dan Watson mulai 16 Jun, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut dalam sidang media Pasukan Bertindak Berbilan Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata:

"Kita ingin lebih banyak kegiatan diteruskan semula, kita perlu pastikan ujian dilakukan dengan pantas, mudah dan mudah diakses.''

Pada peringkat permulaan, setiap orang hanya dibenarkan membeli 10 kit ujian pantas antigen (ART) bagi memastikan bekalan mencukupi untuk semua.

Kit ujian tersebut akan tersedia di lebih banyak lokasi runcit secara berperingkat.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pengarah khidmat perubatan MOH, Profesor Madya Kenneth Mak, berkata:

"Selanjutnya, kami akan membenarkan kit ujian dibeli secara bebas apabila lebih banyak bekalan kit ujian ART disediakan untuk penjualan runcit."

Kit ujian ART boleh memberikan hasil ujian dalam masa kurang 20 minit, mudah digunakan dan boleh dilaksanakan sendiri, kata MOH.

Profesor Mak berkata:

"Kit ujian ART DIY melengkapkan strategi pengawasan keseluruhan kami.

"Ujian yang cepat dan mudah digunakan ini membolehkan kita mengesan kes yang dijangkiti dengan lebih cepat, terutama dalam kalangan individu yang tidak mengalami gejala jangkitan pernafasan akut, tetapi bimbang mereka mungkin terdedah kepada Covid-19."

Ini mungkin untuk orang yang pernah mengunjungi tempat yang dikunjungi oleh kes yang disahkan.

MOH berkata:

"Individu yang mempunyai hasil positif ujian diri ART mereka harus segera mendapatkan swab dan menghantarnya kepada Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) untuk pengesahan ujian reaksi rantai polimerase (PCR).

"Mereka kemudian diminta mengasingkan diri sehingga mereka mendapat hasil ujian PCR negatif."

Sementara itu, mereka yang diuji negatif bagi ujian ART DIY harus tetap waspada dan mematuhi langkah-langkah pengurusan yang selamat, kata MOH.

Individu yang mempunyai gejala jangkitan pernafasan akut juga harus terus berjumpa doktor untuk didiagnosis penuh dan ujian PCR dan bukannya bergantung pada kit ujian ART lakukan sendiri, tambahnya.

Profesor Mak berkata:

"Ujian berkala adalah kunci untuk kami membuka semula dan akan menjadi sebahagian daripada cara hidup kita. Ini membolehkan kita mengesan dan mengasingkan kes-kes dalam masyarakat dengan lebih cepat, serta mengesan dan mengasing kes positif dalam masyarakat dengan lebih cepat dan akan membolehkan lebih banyak kegiatan ekonomi dan sosial diteruskan, meskipun kita mengesan kes dan kelompok lain.

"Ujian juga memberi kita jaminan yang lebih besar bahawa rumah, tempat runcit dan tempat kerja kita selamat."

Empat kit ujian DIY yang diberi kebenaran sementara ini oleh HSA (Penguasa Sains Kesihatan) untuk dijual kepada orang ramai ialah Ujian Diri Antigen Abbott PanBio Covid-19, Ujian QuickVue At-Home OTC Covid-19, Ujian antigen Nasal diri SD Biosensor Sars-CoV- 2, dan Ujian Rumah SD Biosensor Standard Q Covid-19 Ag.

Maklumat lebih lanjut mengenai kit ujian ART yang disediakan melalui saluran media berlainan dan laman web MOH mulai 16 Jun.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map