Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit ujian Covid-19 percuma buat pelawat ke 2 pasar sedang kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong meningkat menjadi 792

Jul 26, 2021 | 07:30 AM



Penduduk yang tinggal berdekatan Pasar dan Pusat Makanan Geylang Bahru dan 146 Pasar Teck Whye Avenue  akan dapat mengambil kit ujian sendiri ujian pantas antigen (ART) percuma pada Isnin (26 Julai) dan Selasa.

Kementerian Kesihatan (MOH) mengatakan pihaknya akan bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) untuk mengagihkan kit itu  kepada individu yang telah mengunjungi pasar dan pusat makanan terpilih dalam 14 hari lalu, seperti penduduk yang tinggal berdekatan tempat-tempat ini.

Pengambilan itu  akan berlangsung selama dua hari di Pusat Jawatankuasa Penduduk berhampiran dua pasar tersebut.





Sementara itu, Singapura mencatatkan 117 kes dalam masyarakat pada  Ahad (25 Julai), termasuk 38 kes yang tidak ada kaitan, dan juga lapan kes yang diimport.

MOH juga mengumumkan dalam kemas kini hariannya bahawa 46 kes baru dikaitkan  dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) dan  Pasar & Pusat Makanan Hong Lim, menjadikan jumlah kes di kelompok itu menjadi 792.

Dua kelompok baru –  berkaitan dengan Kes 65,893 dan Kes 65,846 – dilaporkan oleh MOH pada hari Ahad, sementara tiga kelompok ditutup.

Memberi maklumat terkini mengenai program vaksinasi negara, MOH mengatakan sebanyak 7.13 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan pada  Sabtu  lalu (24 Julai).

Lebih  50 peratus penduduk – atau 3.02 juta orang –  telah divaksinasi sepenuhnya.

Di samping itu, lebih 82,400 dos vaksin Sinovac telah diberi kepada 67,743 orang.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >