Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit ujian Covid-19 SD Bionsensor dan Flowflex selamat diguna di S'pura walau amaran diberi di Amerika: HSA

Mar 05, 2022 | 12:43 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) berkata kit ujian pantas antigen, SD Bionsensor dan Flowflex yang ditarik balik di Amerika Syarikat selamat dan boleh digunakan di Singapura.



Kenyataan pada Jumaat (4 Mac) itu dikeluarkan selepas Pentadbiran Malkanan dan Ubatan (FDA)  Amerika mengeluarkan amaran pada Selasa (1 Mac) agar pengguna berhenti menggunakan beberapa versi kit ujian kerana mereka tidak disahkan kegunaannya di Amerika.



HSA berkata ia menerima beberapa pertanyaan berkenaan pengumuman di Amerika itu daripada orang awam yang prihatin kit ujian di rumah SD Biosensor dan kit keluaran Acon Laboratories, Flowflix, tidak boleh digunakan..



Kededua kit ini dijual di sini.



Kata HSA: "Bekalan kit ujian Singapura di bawah dua jenama ini tidak terjejas oleh penyata nasihat FDA.



"HSA telah menilai bahawa kit ujian ini memenuhi keselamatan, mutu dan piawaian keberkesanan yang diperlukan sebelum membenarkan pengesahan Laluan Akses Khas Pandemik atau pendaftaran penuh."



Dalam nois berasingan mengenai kededua kit, FDA berkata pada Selasa: "Ujian ini bukan disahkan, diluluskan atau dibenarkan oleh FDA untuk disebar atau digunakan di Amerika Syarikat. FDA prihatin tentang risiko ujian dengan hasil palsu setiap kali menggunakan ujian tidak disahkan."



Ia menambah kededua pengedar telah menarik balik semua kit ujian yang tidak disahkan di Amerika dan ia sedang bekerjasama dengan mereka untuk menghurai isu ini.



FDA ini juga berkata ia belum menerima sebarang laporan kecederaan, kesan kesihatan yang teruk atau kematian berkaitan dengan penggunaan dua produk ini.



HSA berkata terdapat banyak versi kit ART dibekalkan di bawah jenama pengeluar yang sama yang boleh dibezakan dari cara produk ini dibungkus dan dilabel.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >