Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit ujian kesan Covid-19, selesema

Jan 19, 2021 | 05:30 AM



KIT ujian berbilang virus baru yang boleh mengesan Covid-19 dan selesema musiman telah diberikan kebenaran awal untuk digunakan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Kit ujian Fortitude SARS-CoV-2 & Flu A/B itu dibangun bersama oleh Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan syarikat diagnostik molekul tempatan MiRXES.



Kit ujian baru itu menambah kepada kit Fortitude sedia ada yang hanya menguji virus Covid-19, dengan memuatkan ujian rantaian polimerase (PCR) tambahan untuk mengesan virus selesema jenis A dan B.



Ujian itu menggunakan PCR untuk mengesan virus yang menyebabkan Covid-19 atau selesema, dan akan memberi dua hasil ujian berasingan.



Sejak Februari tahun lepas, lebih lima juta kit ujian Fortitude telah dijual di sini dan sedunia. Kit tersebut telah dihantar ke 13 hospital dan makmal tempatan, dan dieksport ke lebih 40 negara, termasuk Amerika Syarikat.



Kit yang baru itu telah dilancarkan untuk dijual selepas ia mendapat kebenaran pada 8 Januari.



Pesakit yang dijangkiti Covid-19 atau selesema biasanya menunjukkan simptom yang serupa, dan boleh merumitkan tugas kakitangan jagaan kesihatan untuk membezakan antara kededua jangkitan itu.



Kit baru ini diharap dapat memberi diagnosis yang lebih tepat dengan lebih pantas, lapor The Straits Times.



MiRXES juga telah mendapat pengiktirafan dan kebenaran untuk digunakan di Eropah, iaitu Conformite Europeenne.



Buat masa ini, syarikat tersebut juga sedang memohon kebenaran untuk kegunaan kecemasan daripada Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika dan Agensi Farmasi Peralatan Perubatan Jepun.



Dr Lihan Zhou, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif MiRXES, berkata:



"Setelah kit MiRXES Fortitude dihantar dan digunakan di seluruh dunia, kami terus memantau dan mengenal pasti keperluan dunia dalam ujian penyakit berjangkit."



"Kami bekerja rapat bersama rakan kongsi utama seperti A*Star dan TTSH untuk memenuhi keperluan ini dengan memperluas jangkauan ujian Fortitude Covid-19 kami. Hospital dan makmal di Amerika, Eropah, dan Jepun telah menyatakan minat untuk menggunakan kit ujian Fortitude SARS-CoV-2 & Flu A/B."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >