Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit ujian PCR Covid-19 boleh dibeku-keringkan di SG

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



TEKNIK untuk memelihara kesegaran makanan mungkin dapat membantu Singapura dalam usahanya menghadapi Covid-19 melalui cara untuk mengeringkan dan membekukan kit ujian reaksi rantai polimerase (PCR).



Ini bermakna kit tersebut boleh disimpan dan dipindahkan dengan lebih mudah.



Menurut syarikat biotek BioAcumen Global, manfaat utama teknik yang dipanggil lyophilisation itu adalah supaya kit ujian PCR Covid-19 tidak perlu diletakkan dalam peti sejuk seperti sedia ada.



Kit yang dikeringkan dan dibekukan itu boleh disimpan pada suhu bilik dan tidak akan rosak.



BioAcumen Global telah melancarkan prasarana lyophilisation baru itu semalam.



Ia mempunyai ruang untuk mengeringkan dan membekukan sekitar 2,400 kit ujian PCR setiap hari dan syarikat itu berharap untuk memperluaskan ruang itu tidak lama lagi.



Buat masa kini, makmal itu menyimpan kit PCR yang digunakan untuk mengenal pasti virus demam Afrika.



Syarikat itu juga menghasilkan lebih 20,000 kit ujian PCR Covid-19 setiap hari dan telah mendapat pengesahan dari Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada September 2020.



Buat masa kini ia sedang dalam proses menghasilkan versi kit PCR Covid-19 yang dikeringkan dan dibekukan.



Kit ini dijangka siap dalam tempoh dua bulan.



Kit PCR Covid-19 biasanya dipindahkan pada suhu serendah sifar darjah celsius.



Namun, versi yang dikeringkan dan dibekukan ini boleh dipindahkan dan disimpan pada suhu bilik selama enam bulan.



Kit seperti itu telah dihasilkan di negara lain, seperti syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Biomeme.



Kit yang dihasilkan Biomeme itu diberi kelulusan untuk digunakan di Amerika tahun lalu dan telah membantu untuk melanjutkan tempoh penggunaan kit serta membolehkan proses pemindahan yang lebih mudah dan tidak memerlukan pengurusan rantaian sejuk.




KES COVID-19 DI SG, 17 MAC



KES BARU: 9

DALAM MASYARAKAT: 0

IMPORT: 9

DI DORMITORI: 0

JUMLAH KEMATIAN: 30

JUMLAH KESELURUHAN: 60,137 (Hingga 12 tengah hari semalam).



Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >